Jika kau fikirkan kau boleh !!!!

Jika kau fikirkan kau boleh

Kau hampir boleh melakukan

Jika kau fikirkan ragu-ragu

Usahamu tak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan

Kau hampiri kegagalan

Jika kau fikirkan kemenangan

Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan

Terkandung dalam pemikiran

Berfikir boleh melakukan

Fikirkan Boleh

Percaya apa yang kau lakukan

Tabah apa kau usahakan

Bertindak atas kemampuan

Kau Boleh !!!!

Begitulah indahnya bait bait lirik sebuah lagu dari kumpulan Metropolitan ~ FIKIRKAN BOLEH yang bermain di program WINAMP sewaktu aku sibuk membalas komen-komen rakan blogger yang begitu setia memeriahkan blog aku nie, walau pun aku sendiri dah lama tak blogwalking ke blog mereka…. 

MAAFKAN AKU, sahabat semua… bukan aku dah lupa diri, sombong atau tidak menghargai persahabatan dan keikhlasan kalian dalam memeriahkan suasana laman ini… Cuma… sekarang nie… seperti entri aku yang terdahulu… aku mengalami MONDAY RAYA BLUES seperti entri Saudara Madlut a.k.a Farid Kamil kita baru- baru ini.. cuma bezanya… Monday Raya Blues aku tu bukan setakat hari Isnin saja, malahan setiap hari….

Dan… disaat aku memaksa diri untuk melayan blog aku yang kian sepi ini, terdengar lagu Metropolitan..dengan liriknya yang membakar semangat itu, aku berharap, semoga selepas ini aku akan kembali bangkit, untuk terus menulis, merapu dan mencoret hamparan putih ini dengan idea-idea baru yang bakal menjadi tatapan kalian semua…. Aku akui… bukan senang nak berfikiran positif di saat mood yang suram… mulut mampu mengatakan BOLEH, tapi sebenarnya hati dan fikiran sebaliknya…..

Buat Bro Joe a.k.a Sangilapi, terima kasih sekali lagi aku ucapkan atas penghargaan yang diberikan itu, sesungguhnya aku sedikit terharu dengan keikhlasan bro menerima kehadiran aku dalam dunia blogging nie… dan .. seingat aku… sejak dari mula aku menceburi dunia blogging ini, bro pun memang pernah offer untuk sponsor aku mengikuti Seminar Smart Blogging yang dianjurkan oleh Saudara Rohaizad yang terkenal tu… aku masih ingat lagi… dan aku tau bro ikhlas… Untuk itu ..aku benar-benar terharu dan sebenarnya.. aku sedikit khuatir untuk menerima penghargaan kali ini.. bimbang akan mengecewakan… apa pun.. InsyaAllah.. aku tetap terima… 

Buat saudara aku, AdamFaiz yang juga menerima penghargaan yang sama dari insan yang pemurah ini, aku berharap kita dapat sama-sama memeriahkan lagi dunia blogging nie dan tidak menghampakan… Insya Allah !!!!

Akhir kata … FIKIRKAN BOLEH !!! 

p/s ; happy blogging !!!!

23 comments

    • bujang3

      memang syiok lagu nih !!!! Bukan sedih tapi terharu … terharu atas support yang berterusan dari kawan-kawan, walau pun hanya kenal di alam maya…

      Tidak pernah bersua muka, tapi tetap ikhlas mengambil berat dan memberi semangat di waktu kita tengah down ….

  1. zik

    takpe bro amik masa skit nak kembali mod blogging nie… yang muda nie biasalah ..darah masih muda… huhu… nafsu masih membuak-buak .. tapi lagi bagus kalau untuk amal ibadah… aduh terkena batang hidung sendiri..uhu

  2. sangilapi

    pasal SSB tu disebabkan ketika itu ko ada mengutarakan persoalan pasal halatuju berblogging,jadi aku syorkan seminar tersebut🙂

    dan untuk penghargaan tu jangan sampai ko tertekan pulak….kahkahkah

    sepatah kata adam pun “cuba dulu”……lagi pun mijie ada untuk membantu tapi yang paling penting diri sendiri dalam mengharungi dunia blogging ni,insyaallah lambat laun ko akan nampak halatuju berblogging ni.

    dan jangan terlampau memaksa diri…….relax and coooool !🙂

    *link tu terima kasih*

  3. Pingback: Bila Sudah Diberi Kepercayaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s