SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !!!!

Salam Aidilfitri untuk semua sahabat blogger dan juga pembaca blog nie… Ucapan terima kasih untuk semua kerana sudi memeriahkan blog nie semenjak ianya bermula April yang lalu…

Jika selama aku berblogging nie, ada yang tersalah, tersilap atau apa sajer “ter” yang telah aku lakukan, harap dapat dimaafkan, tambahan pula sempena Aidilfitri yang mulia nie…. Maklumlah, selagi kita bergelar manusia, kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan..tak kiralah dengan sengaja atau tanpa kita sedari… Oleh itu.. sekali lagi aku menyusun sepuluh jari dan dengan rasa rendah diri, memohon ampun dan maaf dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI…..

Bagi yang berhari raya di kampung halaman, berhati-hatilah di jalan raya, dan didoakan semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik sempena hari raya ini… Ingat insan tercinta yang menanti kepulangan kita sekeluarga…

Sebelum aku akhiri entri khas sempena Aidilfitri ni, suka aku kongsikan bersama hasil tulisan (yang menarik perhatian aku) member lama (satu batch masa sekolah dulu), saudara Saufi Fadzillah yang meluahkan pernyataan maaf dan ucapannya sempena hari raya,

Kalau nanti keropok Mony yang aku goreng terhangus sedikit, maafkanlah kerana aku memang tak pandai menggoreng keropok.  Kalau nanti kuih suji yangku hidangkan dah berbubuk, maafkanlah kerana kuih suji tu aku dapat masa raya tahun lepas.  Kalau nanti air sirap kaler biru yang aku hidangkan menyebabkan matamu dan mukamu biru, maafkanlah kerana aku memang tak pandai buat air sirap kaler biru.  Kalau pintu pagarku berkunci dan semua pintu dan tingkap rumahku tertutup rapat bila kau datang, maafkanlah mungkin aku dah pindah malam tadi atau tuan rumah dah halau aku keluar.  Kalau kau nampak aku sedang menunggang motorku di highway, janganlah kau langgar hanya kerana hutang dua ringgitku padamu lima tahun lepas.  Maafkanlah aku kalau perlakuan dan bicaraku sangat songsang dari normal.  Maafkan aku kalau kau berkecil hati. Maafkan aku kalau aku membuatkan kau tersengih dan tersenyum di depan komputermu sekarang. Aku cuma mahu meminta maaf. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ok lah…

SALAM LEBARAN UNTUK SEMUA !!!!

kad raya credit to bro etomyam kita yang hebat tu!!!

12 comments

    • bujang3

      Sorry bro… baru terperasan yang comment ko nie belum ber”approve”.. dah lama tak jengok blog… Apa pun .. terima kasih sebab sudi datang cni… Selamat Hari Raya untuk ko jugak !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s