Bila mak dah tak mengaku anak !!!!

Alamak !!!

Apa dah jadi, sampai sanggup tak mengaku anak !!!!

Ada ke mak yang cam nie ???

Agaknya, anak dia tu jahat sangat kot !!!

Kisahnya begini…

Seorang ibu, Bong Swee Yin, 50, melahirkan rasa marah dan kecil hati terhadap anak lelaki sulongnya kerana tak pernah sudah-sudah menyusahkan hidupnya semenjak dari kecil hinggalah ke dewasa. Menurut Bong Swee Yin, anak lelakinya itu sering mendatangkan masalah kepada dirinya.

Si ibu telah dicaci, diherdik malah didoakan oleh anak lelakinya itu supaya cepat mati, bila dia mula menegur . Anak lelakinya yang dikenali sebagai Son Chai, 25, sering bermain judi internet yang mana, akhirnya terpaksa meminjam daripada along..

Akibat dari itu, Swee Yin, sering diugut oleh kumpulan along yang datang menuntut hutang yang dibuat oleh Son Chai… setiap hari ..kehidupan Swee Yin dilalui dalam ketakutan.. pernah suatu ketika didatangi oleh geng along di kedainya untuk menuntut wang sejumlah RM60,000-00 yang didakwa dipinjam oleh Son Chai..

Nekad dan tak sanggup lagi menghadapi tekanan dan ketakutan, Swee Yin, dengan jelas telah mengisytiharkan melalui akhbar Kosmo bertarikh 4 Sep 2010 yang lalu, bahawa mulai saat itu, beliau telah tidak mengaku Son Chai adalah anaknya lagi…dan dengan tegas juga menghebahkan yang dia tidak lagi ada kena mengena dengan Son Chai…Swee Yin jugak meminta, sesiapa saja yang memberi hutang pada Son Chai, supaya menuntut sendiri dari anak lelakinya itu dan jangan mengganggunya..

Haiii !!! Macam-macam !!! Jangan la pulak ada dikalangan bangsa kita pulak yang tak mengaku anak, sudahlahhh !!! Dan sebagai anak, jangan lah pula kita buat ibu kita cam tu !!!

SAYANGILAH IBU ANDA !!!

20 comments

  1. RasaHatiku

    Assalamualaikum.
    kalau non-muslim tak ngaku anak, kira ok lagi.
    Tapi bila orang Islam yang buat benda yang sama, pening kepala memikirkannya.

    Anak sewajibnya mentaati dan menghormati ibubapa, bahkan dalam al-Quran ditegaskan, nak kata ‘ah’ pada mereka pun ditegah.

    Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s