Ustazah pulak kena bunuh dalam bulan Ramadhan !!!

Dibunuh sebelum berbuka puasa.

Mayat ustazah, anak lelaki ditemui dalam bilik air dengan tangan, kaki diikat

Begitulah headline dari akhbar Kosmo! pada pagi ini… Geleng kepala aku dibuatnya bila membaca kisah kali ini… masih lagi ada yang kejam dan tak berperikemanusiaan dalam negara kita… tambahan dalam bulan puasa ni.. tergamak mereka melakukan perbuatan seperti ini… tangan dan kaki diikat, kepala diselubung dengan kain … MasyaAllah…. !!!

Sedih aku membaca berita ini… Seorang ustazah lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir, Norliza Ishak, 35 dan anak lelakinya, Amirul Ayman Mohd Yusof, 10 ditemui mati dalam keadaan kepala mereka dibungkus dengan kain sarung di sebuah flat di Jalan Sutera Lama, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.

Kematian menimbulkan misteri apabila siasatan awal polis mendapati, kejadian berlaku sewaktu rumah tersebut berkunci selain tidak ada kesan digeledah. 

Semakin hari, semakin menjadi-jadi, kejadian sedih yang menimpa saudara seagama kita… tambahan pula, peristiwa @ tragedi berlaku dalam bulan Ramadhan, sedang umat Islam mengerjakan ibadah puasa, rukun Islam yang ke 3 ini… Aku hanya mampu beristighfar mengenangkan kejadian….

Baru ajer kita dikejutkan dengan peristiwa, seorang bapa yang berpenyakit mental menyembelih anak sendiri.. kita timbul pulak cerita ini… aku baru saja melihat gambar budak yang disembelih tu… kesian !!! Hampir putus kepala budak tu !!! Tapi itu disebabkan sibapa berpenyakit…

Macam-macam tragedi berlaku dalam bulan Ramadhan kali ini… dalam akhbar yang sama turut dilaporkan, seorang warga emas di Taiping, mati terikat, mulut disumbat selendang, muka tersembam ke lantai akibat disamun… tambah menyedihkan lagi, mayat warga emas berusia 64 tahun itu ditemui mati dalam keadaan tanpa pakaian… Kejadian dikatakan bermotifkan samun kerana barangan seperti handphone, wang dan barangan kemas mangsa di dapati lesap…

Di muka surat yang sama juga dilaporkan seorang remaja yang murung setelah dimarahi oleh gurunya, terjatuh dari tingkat 9 di flat tempat tinggalnya…Siapa sangka, dalam kesibukan umat Islam sibuk dengan persiapan menyambut raya, ada pulak kemalangan sebegini….

Apa pun.. aku bersimpati kepada keluarga mangsa tragedi… semoga mereka tabah menghadapinya… 

sumber setiap berita di atas : Kosmo ! bertarikh 4 Sep 2010.

14 comments

  1. md. l07hdh

    makhluk tiada kuasa, Allah maha kuasa…

    yakin lah kuasa Allah lagi hebat, kalau balasan terhadap pembunuh tidak diadili di dunia, ia diadili di akhirat…

  2. botak

    teruk laa org zaman sekarang ni..
    makin menjadi2 la pulak..
    inilah kebebasan dan kemerdekaan yg kita kejarkan kan??
    hehe taniah lah kepada malaysia!
    waktu ni mesti ade satu pihak yg sgt gembira melihat kehancuran org kita..
    sabaa je laa

  3. sazwan57

    salamz….ustazah ni kakak kawan aku. masa sekolah menengah dulu.
    dulu aku selalu g umh dia dan pernah jmpa kakak dia, lpas kami SPM, mmbe aku g mesir 6bulan duduk umh k.long dia kat sana, mereka ada kedai makan kat mesir..than 3 4 tahun lpas, kakak dia n ank balik mesia mengajar kar PD, abg ipar dia jer tinggal sana, uruskan reataurant makanan mesia kat sana..
    aku xbaca paper pon, tp taw cter nih dr mmber aku sndirik, dia kol aku dan cerita kan pada aku smer nya..
    dan sekarang nih, polis suspek mereka myb dirogol n anak nya d liwat sbb ada luka d kemaluan n dubur kedua2 mangsa…
    tgh tggu DNA dr doctor.. manusia sekarang makin kejam…
    kerana DUIT yang xberapa, snggup mmbunuh… klu terlepas xper lah..tp da kena tangkap, xlama lagi ke tali gantung la tu…. dan kat akhirat xkn terlepas..
    semoga arwah d tmpat kan bersama org2 yg beriman.. ameeen

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s