Mood Raya Dah Tibaaa !!!

Salam untuk semua !!!

Dah 4 hari melewati bulan September… ini adalah entri pertama aku untuk bulan ini…hrmm !!! Maaf yer… memang lambat sikit nak update blog nie… bukan merajuk seperti yang ditanyakan oleh Cik Suri si cahayacinta kita tu… tapi.. aku terpaksa akur, bahawa sejak bulan pose nie, mood untuk berblogging memang sedikit terjejas… tambahan pulak, keletihan berpose di siang hari… malamnye pulak, asyik cepat sangat mengantuknyer !!!!

Macam mana dengan blogger lain ??? Aku perhatikan.. ada blogger yang seperti tak terjejas langsung, macam bro etomyam dan bro kulanz kita nie… setiap hari, paling kurang pun, mesti ada dua entri yang di post… blog sentiasa terupdate… cayalah… respect sama lu orang !!!!

Kalau masuk hari ni, dah masuk 26 hari kita sebagai umat Islam, menunaikan ibadah berpuasa…. semakin hari, Aidilfitri semakin menghampiri… dapat dilihat… mood raya dah tiba… sana sini, orang dah makin sibuk memperlengkapkan persiapan menyambut hari raya… Masih ada yang buat last minute shopping… untuk aku… persiapan untuk anak-anak yang diutamakan… dah siap, awal Ramadhan lagi… cuma untuk mak bapak nyer ajer yang belum… Ala… biasa la… untuk aku dan isteri, setakat ala kadar ajer…tak nak membazir…..

Mood raya dah tiba !!!

Yer ker nie ??? Yang aku dapat perhatikan, suri rumah dah mula sibuk buat kueh raya, bagi yang bekerja pulak, mula mencari aneka bentuk dan nama, kueh raya untuk dibeli… senang !!!! Hulur duit jer.. kueh raya dah siap… selesai satu masalah.. !!!

Bagi yang nak balik kampung berhari raya, dah mula berebut cuti… tambahan kalau kat tempat kerja tu ramai yang berbangsa melayu… silap-silap kena undi.. untuk memastikan sapa yang bakal bercuti sebelum atau selepas raya… kat tempat kerja aku, macam dah diset pulak.. ikut giliran.. kalau tahun lepas, bercuti sebelum raya, maka dengan sendirinya, tahun ini bercuti selepas raya…. begitulah kebiasaanya !!!

Bagi yang berkeluarga, dah mula berkira-kira.. nak berhari raya rumah siapa dulu… rumah si suami atau si isteri… bagi yang berkahwin dengan orang “dekat”… tak kisah lah…bagi yang kahwin dengan orang “jauh”, cam aku.. kenalah  dibuat perjanjian awal…. Haa !!! Korang camner ??? Aku ??? Tahun nie, kena beraya di sebelah wife aku dulu…. kena beraya kat Melaka dulu lah nampaknyer… kat Masjid Tanah !!!! Biasalah tu.. dah hidup berkeluarga.. kenalah berkompromi !!!! Dan.. kebetulan.. tahun nie, bagi adik beradik aku yang dah berkahwin, semua balik ke rumah mertua dulu… tinggallah 2 orang adik aku yang bujang ajer, menemani mak abah aku kat kampung… Raya ketiga, baru lah penuh rumah mak abah aku pulak…

Apa pun.. begitu lah yang aku nampak sekarang nie !!!

Mood raya dah tiba oooiiii !!!!!!

SELAMAT HARI RAYA…

MAAF ZAHIR DAN BATIN..

DARI AKU

BUJANG3 @ https://bujang3.wordpress.com

p/s : bagi yang memandu untuk balik kampung… berhati-hati di jalan raya… Ingat keluarga tersayang yang menunggu di kampung halaman…

3 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s