Orang kita memang lambat belajar !!!

Sebelum aku mulakan bicara kali ini, maaf ku pohon sekiranya apa yang bakal aku utarakan ini mengganggu, mengguris atau menyinggung perasaan sesiapa yang sedang membaca.

Orang kita memang lambat belajar ???

Kenapa aku berkata begitu ???

Peristiwa terbaru yang menggemparkan rakyat Malaysia pada 23 Ogos yang lepas akibat dari letupan yang berpunca dari sebuah stor menyimpan mercun, bukan merupakan perkara baru dikalangan rakyat kita. Boleh dikatakan setiap tahun, pasti akan ada yang menjadi mangsa akibat bermain mercun.

Ada yang putus jari, ada yang hilang penglihatan, hilang pendengaran, cedera dimuka dan berbagai-bagai jenis kecederaan lagi yang dilaporkan saban tahun akibat dari perbuatan mengubahsuai mercun dalam usaha menghasilkan bunyi dan kesan letupan yang lebih hebat.

Masih belum belajar !!!

Lambat belajar !!!

Tiba-tiba, kali ini terjadi lagi…. Bagaikan terkena tembakan meriam, Khairul Ariff Ayub, 6 tahun, melambung setinggi 15 meter sebelum tersangkut pada dahan sebatang pokok selepas rumah yang menjadi stor menyimpan mercun meletup.

Sumber : Kosmo ! bertarikh 23 Ogos 2010.

Sebab tu aku mengatakan yang orang kita memang lambat belajar… Kerajaan telah mengambil ikhtiar untuk mengharamkan pembakaran mercun, dalam usaha untuk mengelakkan dari terjadi perkara yang tidak elok sempena hari perayaan. Tetapi, rakyat seolah-olah tak pernah ambil peduli.

Bila dah terjadi begini, aku tak pasti apa yang bermain difikiran bapa kepada Adik Khairul Ariff Ayub yang malang ini, setelah menyaksikan sendiri hasil dari sikap tidak ambil peduli dengan amaran dan larangan kerajaan supaya jangan bermain dan menjual mercun.

Menyesal ???

Mungkin sudah terlambat… kerana anak dan darah daging sendiri yang telah menjadi mangsa akibat perbuatan sendiri. Hanya kerana inginkan kepuasan mengubahsuai mercun sempena musim perayaan, anak yang menjadi mangsa.

Rampasan dah dibuat, undang-undang dah digubal, tindakan dah dikenakan, contoh dari kejadian-kejadian yang lalu pun telah disaksikan tapi orang kita tak pernah nak ambil iktibar.

Orang kita memang lambat belajar !!!

Semoga dengan kejadian yang berlaku kali ini, akan benar-benar menjadi iktibar dan mengajar tentang bahaya mercun ni. Semoga di masa akan datang, tidak kedengaran lagi peristiwa malang sebegini menjelang musim perayaan. InsyaAllah !!!

10 comments

  1. suri

    wah ini entri berbaur marah smua org gearam tapi still masyarakat kita berdegil jua sb semata2 nak kejar keuntungan tnpa pkir org lain..

  2. sangilapi

    kes penyeludupan mercun ni tak surut-surut sebab ada permintaan😦

    aku memang malas nak baca berita macam ni cuma nak tau apa punca boleh terjadinya letupan tu,bujang?

  3. botak

    slam..
    bro sy mmg kurangberminat lah nk bermain mercun..
    baik ddk dalam rumah tengok tv..
    walaupun rancangannya tak berapa elok dan kurang berilmiah,tp sekurang2nya x de la putus2 jari ke ape ke..
    hehe kalau brani modify la mercun tu letupkan dkt israel sana

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s