Tragedi menyayat hati di bulan Ramadhan !!!

Sekali lagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan peristiwa berdarah di bulan Ramadhan pada tahun ini.

Kali ini, diberitakan bahawa seorang bapa yang mempunyai sejarah penyakit mental telah menyembelih anak lelaki tunggalnya di dalam bilik air. Kejadian itu turut disaksikan oleh ibu kepada mangsa yang tidak mampu untuk menghalang suaminya dari melakukan perbuatan itu.

Perasaan ngeri menyelubungi aku ketika membaca tentang peristiwa berdarah itu. Bayangkanlah perasaan si ibu bila melihat dengan mata sendiri anaknya diperlakukan sedemikian. Anak yang amat disayangi disembelih oleh suami sendiri.

Seingat aku, dalam bulan Ramadhan ini telah dua kali peristiwa berdarah dilaporkan. Peristiwa pertama, berlaku di Teluk Intan sewaktu umat Islam sedang sibuk bersahur. Dan ini adalah kejadian yang kedua dalam bulan puasa kali ini.

Sebagai seorang bapa, aku tak dapat membayangkan keadaan ini… bagi insan yang normal, tentu sekali amat menyayangi anak-anak hasil darah daging sendiri. Tapi dalam peristiwa terbaru ini, bapa kepada mangsa merupakan seorang yang berpenyakit mental, mungkin perbuatannya itu dilakukan tanpa kesedaran dan kerelaannya. 

Apa pun, undang-undang yang akan menentukan nasibnya kelak.

Sama-samalah kita doakan agar roh mangsa dicucuri rahmat dan termasuk dalam golongan ahli syurga dan marilah kita bersedekah Al-Fatihah ke atas rohnya.

AL-FATIHAH !!!

16 comments

  1. Mr.Z

    walaupun bapanya dalam keadaan sakit mental..
    memang kejam jika nak dilihat… memang tak boleh bayangkan kalau sembelih anak sendiri.. semoga kita dijauhi dari perbuatan itu..

    • bujang3

      entah macam mana, kejadian sembelih ni, makin menjadi-jadi… kat mana lah silapnya… yang pasti, lepas nie, kalau ada yang sakit mental tu, kenalah diawasi sentiasa.. kita tak tahu apa yang bermain dalam fikiran depa nie.. bahaya jugak !!! Macam ko kata tu ler… elok dimasukkan jer dalam hospital mental !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s