Ramadhan 2010 lebih sejuk dan selesa !!!

Salam Ramadhan untuk semua !!!!

Perasan tak ???

Ramadhan 2010, lebih sejuk dan selesa…. !!!

Sekurang-kurangnya kat tempat aku la (IPOH), kat tempat lain aku tak tau la pulak…

Kalau diingat-ingatkan kembali, rasanya Ramadhan di tahun-tahun yang lepas, biasanya cuaca panas akan bertamu.. pada ketika itu, mula lah, umat Islam yang berpuasa mengeluh kepanasan (yang tak pose, tak heran pun).

Di bazaar Ramadhan pun, kita boleh nampak kesannya… Peniaga air tentunya tersenyum lebar, kerana hikmah dari terik mentari itu maka, perniagaan airnya semakin maju… laku… licin… tak ada yang tertinggal ..semuanya habis bak goreng pisang panas (walaupun sebenarnya air sejuk yang nyaman), tiada yang berbaki… Dan sesungguhnye sesuatu kejadian (cuaca panas)  itu ada hikmahnya !!! Terbukti kepada si peniaga air !!!!

Tapi.. Ramadhan 2010 !!! Selang sehari pasti hujan… begitulah keadaannya semenjak berpuasa seminggu yang lalu… Lega !!! Tak panas sangat !! Tak ler letih… kalau tak tu.. fuhh !!! nak menunggu berbuka, punya la seksa !!! Sesungguhnya sesuatu kejadian (hari hujan) itu ada hikmahnya !!! Terbukti sebaliknya untuk peniaga bazaar Ramadhan …

Bagi peniaga bazaar Ramadhan.. lain pulak ceriter nyer !!! Pasti merungut… hasil jualan makin kurang.. orang tak ramai ke bazaar kerana hari hujan..kadang-kadang terlalu lebat sehingga habis semua juadah dan barangan jualan basah… lenjun…. Sapa nak beli kalau dah basah lenjun !!!

Begitulah kiranya…. sesuatu yang terjadi itu pasti ada baik buruknya… terpulang kepada yang mengalaminya !!!!

Apa pun… keseluruhannya…

Ramadhan kali ini memang nyaman dan selesa !!!!

36 comments

  1. madlut

    memang betul…dulu biasanya ramadan panas, sekarang memang hujan..
    tapi mungkin sebab dulu ramdan biasanya dalam bulan september atau oktober, sekarang dah berginjak sikit…aku pun tak pasti, tapi rasanya lah.hehe

  2. zool

    Dan peniaga Bazar Ramadhan di kawasan berhampiran tempat aku pasti akan teringat sampai mati kenangan Ramadhan tahun ini bila berlaku puting beliung di kawasan meniaga…

  3. lukeraditude

    Hujan rahmat takpa,tapi kalau hujan yang datang sehingga banjir besar berlaku.Tu ujian namanya.Minta dijauhkan

  4. Mentol Bulat

    Tapi ujan cara sekarang ne amat berbeza sejak lepas Tsunami di Aceh… banyak perubahan dalam cuaca dunia… walau bagaimana pun alhamdulillah ujan dalam bulan Ramadhan adalah rahmat kepada semua makhluk bumi… adelah sejuk sebelah malam ketika nak terawih dan nak tidur….

  5. ardzham

    Sesungguhnya Allah lebih tahu mana yang lebih baik untuk hambanya. Kita memang mengharapkan cuaca mendung dan hujan untuk keselesaan kita berpuasa, namun bagi peniaga pasar ramadhan pula berharap cuaca baik agar barangan dagangan habis dibeli pelanggan.

    Kalau hujan petang kita pun tak keluar membeli. Cerita tentang pasar ramadhan, teringat kepada musibah yang melanda satu bazar ramadhan di Jasin, Melaka. Segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s