Ramadhan !!! Bulan rezeki untuk anak yatim !!!

Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, rumah anak yatim di serata pelusuk negara menjadi tumpuan kepada individu atau syarikat korporat yang ingin beramal dengan menganjurkan majlis berbuka puasa bagi menjamu anak-anak yatim terbabit.

Semenjak hari pertama umat Islam menyambut puasa, hampir setiap hari ada saja aktiviti jamuan berbuka puasa untuk anak-anak yatim di mana-mana di seluruh negara.. Alhamdulillah !!! Masih ada yang ingat dan mengambil berat kepada golongan anak yatim ini.

Syukurrrr !!!!!

Anak-anak yatim biasanya akan menerima durian runtuh hasil dari sumbangan dan sedekah golongan yang ingin beramal jariah sempena bulan puasa yang datang hanya setahun sekali. Pernah suatu ketika, aku diberitahu bahawa ada diantara anak yatim ini yang menerima sumbangan duit raya sehingga mencecah ke angka RM1,000 ke atas.. Fuh !!! mewah betul… Begitulah bila ada yang berlumba-lumba untuk bersedekah dan memberi sumbangan….

Sekurang-kurangnya, anak-anak yatim yang tak berayah dan beribu ini dapat juga merasai sedikit keseronokan dan nikmat berhari raya walau pun tanpa keluarga di sisi..rasa disayangi dan diambil berat.. !!!

Cuma … !!!

Alangkah sedihnya, kerana situasi begini hanya dapat dirasai oleh anak-anak yatim ini sepanjang 2 bulan sahaja dalam setahun… selepas umat Islam menyambut hari raya, maka rumah-rumah anak yatim akan kembali sunyi dari sebarang bentuk sumbangan….dan anak-anak yatim ini kembali hidup dalam keadaan yang suram tanpa ada yang sudi mengambil tahu…

Pastinya, anak-anak yatim ini mahu disayangi dan diambil berat sepanjang waktu, bukan sekadar di bulan Ramadhan dan Syawal sahaja.. Namun apakan daya.. sudah tertulis suratan perjalanan kehidupan mereka begitu …

Apa pun, bersyukur, kerana sekurang-kurangnya, mereka masih dapat merasai nikmat disayangi, walau hanya untuk 2 bulan dalam setahun….

Dan sesungguhnya… Ramadhan dan Syawal merupakan bulan rezeki kepada golongan anak-anak yatim ini… Alhamdulillah !!!!

29 comments

  1. etomyam

    itulah, bermusim aje bantuan mencurah2 kat anak2 yatim, paling tak tahan tengok ramai yg steady amik gambar selepas menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim hehe😀

  2. sangilapi

    rasanya lebih elok kalau duit sumbangan untuk jamuan di hotel tu,digunakan sebagai perbelanjaan dapur bulanan.

    banyak manalah budak-budak tu boleh makan ketika berbuka – itupun sehari je kot🙂

  3. Mentol Bulat

    Saya tahun lepas ade menyampaikan sumbangan pada anak yatim untuk kesatuan NUBE…. Iyalah kita tak boleh lari dari memberi sumbangan berupa “publisiti” jika ia adalah kepentingan “Public relation” untuk sesuatu syarikat… Jika pemberian Individu saya sokong untuk senyap2 ketika memberi… kerna ianya lebih afdal..

  4. DrSinga

    mengejar pahala sedekah di bulan puasa dan kepada anak yatim tu…
    bulan2 lain…ada jugak rasa2nya…
    tak di war-warkan mungkin…

  5. Pingback: Ramadhan !!! Bulan rezeki untuk anak yatim !!! « Sudahkah Anda Bersedekah Hari ini…?
  6. suri

    kasih ibu dan paba mmg sukar di carikan..kshan mrka sb tak dpt mrsa detik2 sbgtu..

    kita yg ada ibu bpa ni jagalah mrka,sygilah mrka dg seadanya

  7. kulanz

    syukurlah juga..
    cuma tu lah, time ramadhan berlumba-lumpa individu/syarikat buat majlis amal utk anak yatim, siap sedia pula tu dengan bungkusan atau cek polisterin besar.. tapi lepas Ramadhan, anak yatim semakin dilupakan..

  8. ardzham

    Dah jadi seperti satu trend rumah anak-anak yatim akan terima barbagai sumbangan ketika bulan ramadhan. Bagaimana pula nasib anak-anak yatim yang duduk dengan keluarga?

    Setuju dengan etomyam “ramai yg steady amik gambar selepas menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim hehe” bantu anak-anak yatim yang duduk dengan keluarga, siapa nak ambil gambar…

    • bujang3

      bantuan dan sumbangan yang diberi hanya untuk mendapatkan publisiti untuk syarikat jer tu !!!! Yang duduk ngan keluarga, tak ada la yang nak bagi sumbangan, tak ada sapa nak ambil gambar… !!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s