Apekah haram hukumnyer berniaga kueh mueh di pagi Ramadhan ???

Ape ???

Haram ???

Ye ker nie ???

Sedang aku melayan berita di TV3, selepas waktu berbuka…aku dan isteri dikejutkan dengan panggilan dari seseorang di luar rumah…  Setelah dijengok, rupa-rupanya, rakan isteriku yang memanggil.. cemas bunyinyer…. Rakan isteri aku tu, berniaga nasi lemak di depan kawasan perumahan kami.. dan isteriku pula, membekalkan kueh mueh untuk menambah pilihan kepada pelanggan di tempat rakan tadi berniaga….

Sebenarnya.. si rakan tadi tu berniaga juga di setiap pagi dalam bulan Ramadhan ini adalah atas permintaan dari pelanggannye yang bukan beragama Islam… mudah untuk diorang membeli bekalan sarapan untuk dibawa ke tempat kerja.. bukan untuk dijual kepada umat Islam yang ponteng puasa !!!!

“Kak !!! Kat sapa lagi, Akak hantar kueh mueh nie, selain dari saya ???”, tanya si rakan itu tadi…

“Ada la, lagi seorang dua !!”, ringkas jawab isteriku…

Setelah disoaljawap oleh isteri aku, akhirnya si rakan tadi menerangkan.. pagi tadi datang seseorang dari kejiranan kami ke gerai dia berniaga… Seorang melayu yang berpewatakan seorang ustaz (cuma tak pasti status sebenarnya).

Dia menegur si rakan tadi… mengatakan yang perbuatan dia berniaga di pagi Ramadhan itu adalah haram dan sumber pendapatan nyer jugak adalah haram…

Apa lagi…terkejut badak lah si rakan isteri aku tadi… rupanya.. dia dah menahan gelodak rasa sejak dari pagi tadi, dan akhirnya tak dapat menahan rasa..sebab tu lah datang mencari isteri aku meminta pendapat…

Isteri aku cuma terdiam, aku pula bersuara, menasihatkan supaya bersabar dan jangan diambil peduli sangat tuduhan dari lelaki tadi tu… Berniaga seperti biasa… sementara itu, cuba usahakan untuk meminta pandangan dari orang yang lebih arif…

Entah lah.. aku pun tak tahu nak kata… kalau benar haram, maka, memang patutlah diberhentikan….Cuma.. sehingga ke saat ini, belum pernah pulak aku dengar mengenainya…. tapi, kalau ada sesiapa yang arif tentang perkara ini , harap dapat memberi sedikit bimbingan dan tunjuk ajar … 

Semoga dengan pengetahuan dan ilmu yang disampaikan dapat mengembalikan kita ke jalan yang benar, InsyaAllah !!!

29 comments

  1. sufian

    yg jual tu lagi arif pd sapa dia nak jual, kalau dia betul2 ikhlas mesti dia takkan jual pd yg islam, kecuali pada mak2 yang ada anak kecik nak makan kuih..

    tapi masa keje kuantan dulu, selamba je jual kat pasar, pastu ramai budak2 kontraktor beli, dia pun jual selamba je..tu haram le kot..

    wallahualam

    • bujang3

      ye la..sebenarnya ..yang menjual tu lebih tau niat dia sendiri… kalau memang dia jual kat orang Islam yang tak puase, makna nyer dia bersubahat, haram lah jadinyer !!!

  2. madlut

    kalau jual kat orang islam yang puasa..memang haram la kot..
    tapi kalau menjual kueh itu memang sumber pendapatan dia, dan dia memang hanya jual pada orang bukan islam..tak salah rasanya(aku pun tak pasti, sekadar pendapat. aku pun bukan ustaz)

    • bujang3

      terima kasih untuk pandangan dan pendapat tu… memang betul kata ko tu.. aku dah buat semakan… dah call Jabatan Agama Islam Perak, bahagia Fatwa… memang tak ada hukum haram yang muktamad, bergantung pada cara berniaga, kalau tak jual kepada orang Islam tak mengapa.. tapi undang2 negeri tidak membenarkan berniaga sebelum pukul 3 petang, bermakna salah disisi undang2 negeri tapi bukan haram !!!

        • bujang3

          yer… Alhamdulillah… nakkan kepastian.. takut termakan duit haram pulak, tapi dah diterangkan untuk menghormati bulan Ramadhan yg mulia nie, aku dah suruh isteri stop hantar kueh dan berniaga sebelum pukul 3.00 petang seperti yang telah disyaratkan itu !!!

          Tak per.. rezeki Allah dimana-mana, tak boleh pagi, hantar kat peniaga bazaar Ramadhan pulak.. hendak seribu daya… !!!

  3. etomyam

    tak berani nak bagi pendapat, takut salah. ..tapi dalam berita tadi kat alor star majlis bandaraya rampas barang peniaga yang jual makanan jam 11 pagi..entahlah

  4. mrnamie

    tak haram rasanya, kalau haram, maksudnya orang yang meniaga di baazar pun haram sebab meniaga ketika berpuasa.. cuma undang-undang sudah menetapkan tidak boleh menyediakan makanan kepada orang tidak berpuasa(islam).. tapi jangan ikut, sebaiknya rujuk kepada yang pakar… sekadar memberi pendapat..

  5. hafizarshad

    bila masuk bab haram halal ni memang susah nak dikalsifikasikan. kena tanya alim ulama’ . yang buruk kita jauhkan yang baik kita dekatkan..selamat beramal…

    • bujang3

      bab haram halal nie bukan boleh dibuat main… kena tanya orang yang lebih tahu.. cam ner pun aku dah confirm ngan pihak berkuasa… tak dibenarkan berniaga sebelum pukul 3, tapi tak pulak haram… sendiri mau ingat la..kalau jual gak kat orang yg ponteng puasa.. maka ???

  6. zackpantai

    perbuatan meniaga di pagi ramadhan adalah haram. kurang2 bagi la nas dan dalil pada orang tu. baru senang nak paham.
    erm, macam mana dengan pasaraya? kfc? mcd? pagi2 dah bukak.

  7. abanglong

    salam.. first time singgah.
    -rasa2nya, tak pernah dengar hukum haram menjual makanan dibulan ramadhan…. tatau la. kalau haram, sure ustaz2 dah cakap masa kat skolah dulu kaan…
    -atau mungkin, pengucapan/pentakrifan ‘ustaz’ itu..kurang tepat… mungkin ayat makruh lebih tepat dengan alasan menghormati bulan ramadhan…

    wAllahualam…

  8. myblog33r

    assalamualaikum semua,

    jgn di risaukan tentang hukum ni, teman dah pun bersoal jwb dgn bhgian fatwa negeri Perak ni pg td, jwpannya tiada istilah hukum HARAM berniaga di pg hari bulan Ramadhan ni, cuma utk mengelak terjdnya punca ‘subhah’ atau subahat dgn org islam yg tak puasa, di arahkan berniaga pkl 3 ke atas supaya tidak menjdnya org yg tak puasa membeli mkanan dr org islam yg berniaga td..tu jer sebenarnya,…so apa motifnya org yg menyerupai ustaz td mengeluarkan fatwa HARAM tu tak tau ler pulak kan….semua dh jelaas yer….wasalam…

  9. Mentol Bulat

    Saya menyokong apa kawan myblog33 tu kata, sebab kami dah check status dengan JAIP Perak iaitu peniaga Islam menjual makanan dalam bulan pose mestilah pukul 3 petang ke atas…

    • bujang3

      bazaar Ramadhan tak mengapa… ini berniaga diwaktu pagi… tapi dah kompom tak haram cuma tidak dibenarkan oleh JAIP, takut menggalakkan orang Islam ponteng pose !!! hehehee !!!

  10. ardzham

    Jika memang berniaga kuih tu dah menjadi punca rezeki, dan perniagaan memang telah lama dijalankan apatah lagi ada ramai pelanggan bukan islam, maka tak salah untuk berniaga di pagi hari.

    Tapi mampukah peniaga menghalang pelanggan islam dari membeli diwaktu pagi? Oleh itu perundangan menetapkan peniaga harus memulakan perniagaan selepas jam 3 petang adalah sebagai salah satu cara untuk tidak memudahkan orang yang tidak berpuasa membeli makanan sesuka hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s