HIDUP SEORANG BLOGGER …

Sebenarnya entry ini bermula dengan kunjungan aku ke blog bro Kulanz pada malam puasa pertama jam 1.10 pagi…  Menurut entry dari bro Kulanz tu.. ada contest SEO untuk blogger yang dianjurkan oleh blog Denaihati.com.. Contest ni hanya untuk blog yang PR2 ke atas.. Nyata aku tak layak.. tapi tujuan aku menulis entri ini bukanlah untuk menyertai mana-mana contest.. terlanjur ada cabaran .. aku ingin mencuba tugasan itu..

HIDUP SEORANG BLOGGER …

Empat bulan ke belakang, pada tarikh 16 April 2010 adalah hari di mana aku mendaftar sebuah blog di wordpress.com  yang diberi nama bujang3 ...  Tujuan ?? Pada ketika itu, sekadar mencuba… orang ada blog.. aku pun ingin punyai blog jugak… hala tujunya ??? Tak pasti…  Yang pasti … aku tertarik untuk mempunyai sebuah blog setelah ternampak link blog AdamFaiz di profile Facebooknya…

Walau apa pun tujuannya.. bermula dari tarikh itu maka aku telah bergelar seorang blogger… Dalam aku mencari ilmu menulis sebuah blog, aku terjumpa pulak blog HujanBatu.com. Dari situlah permulaan aku mencari ilmu ber”blogging” nie…

Sejak dari itu, setiap hari aku akan mencuba menulis sesuatu untuk di”publish“kan… Hidup aku bagaikan tak cukup lengkap sekiranya tiada bahan untuk aku postkan pada hari itu… Jadi macam “ketagih” pulak .. Aku melakukan bermacam-macam ujikaji bagi memahirkan aku menggunakan akaun wordpress aku…

Hari demi hari..bulan demi bulan.. akhirnya tanpa sedar aku dah jadi seorang blogger yang aktif sehingga saat ini dah lebih seratus entri yang aku post kat blog aku nie !!! Sungguh aku tak sangka !!! Semakin hari..aku semakin ketagih nak menulis sesuatu.. Mungkin juga kerana minat aku terhadap dunia blogging nie dah bertambah tanpa sedar….

Pernah aku cuba mendaftar pula dengan blogspot.. sempat jugak aku menulis beberapa entri kat blog aku tu (http://bujangs3.blogspot.com) .. tetapi.. aku sebenarnya lebih selesa menggunakan wordpress.com.. tak tahu kenapa… mungkin kerana pertama kali berblogging, aku menggunakan wordpress.. tak pasti !!!

Sekarang nie… aku makin tak boleh melupakan blog aku…dari mencuba..akhirnya aku dah bergiat aktif.. walaupun tujuan aku berblogging masih untuk suka-suka dan sekadar melayan minat, namun aku puas… Puas melihat perkembangan satu-satunya blog aku nie… Ada orang punyai berbilang blog… bagi aku, satu pun dah buat masa aku tak cukup… Memadai lah buat masa ini…

Begitulah serba sedikit kehidupan aku sebagai sebagai seorang  blogger !!!

Orang lain … aku tak tahu !!! Masing-masing punya cara tersendiri !!!

Apa-apa pun HIDUP SEORANG BLOGGER memang best !!! Ada nikmat yang tersendiri !!!

Apa kata korang ???

30 comments

  1. sangilapi

    kalau terjun dalam dunia berblogging ni berdasarkan minat,insyaallah boleh bertahan lama :)….macam ko cakap sendiri-dah ketagih !

    dari situ ko akan sedar sambil-sambil berblogging sambil bikin wang[tak banyak sikit pun tak pe]

    • bujang3

      setakat nie.. memang aku minat…. tapi nak biki wang… tak pandai ler.. tak ada gurunyer !!!! kang belajar sendiri takut dapat ilmu sesat plak !!! kah kah kahhhh !!! Melawak jer !!!!

    • boss

      yea.. setuju.. kalau mindset camtu mmg boleh tahan lama, kalau bercerita pasal duit anggap tu bonus kemudian hari.. buat duit poket jadi ler..

      • bujang3

        InsyaAllah.. sebenarnya aku pun tak tau berapa lama aku bertahan dengan berblogging nie.. selagi ada minat aku akan teruskan jugak.. begitulah nampaknye !!!

  2. suri Cahaya Cinta

    berblog mmg best sb dia bt kita byk berfikir..berblog bukan semata2 nak cari kepuasan tapi perlu ada minat thdp diri baru blh blh bjlan dgn lancar

    klu cuti tak update blog rasa otak cam celaru jer heee.
    tapi still msh try nak jeguk blog waktu pjbat, updatenyer walaupun kdaan sungguh bz..

    • bujang3

      susahkan, kalau nak cari duit melalui internet nie !!! teringin gak nak cuba tapi.. serius… tak pandai !!!! tapi nasib baik memang minat blogging nie !!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s