Terbukti !!! Tanggungjawab seorang isteri memang berat !!!

Hari ini merupakan permulaan cuti aku selama seminggu… Pihak atasan sibuk menegaskan supaya setiap staff mengambil cuti MANDATORY selama 5 hari berturut-turut bagi mengelakkan masalah berebut cuti di hujung tahun….

Ini sebenarnya telah terbukti yang mana di setiap penghujung pasti akan berlaku kes berebut cuti nie… Masing-masing punya cuti masih banyak berbaki dan di saat-saat akhir baru lah kelam kabut nak menghabiskannya kerana kami tidak dibenarkan membawa cuti yang tertinggal ke tahun hadapannya…

Jadi…untuk aku…tak mahu banyak ceriter maka aku pun bercuti bermula hari ini…. Dan seperti kebiasaan.. bila bercuti ajer, aku akan pergi ke pasar dengan isteri… setelah siap membeli lauk dan sayur untuk masakan hari ini, aku dan isteri bersarapan di salah satu kedai favourite di tempat aku niee…

Sekali-sekala, jalan berdua nie, terasa cam baru kahwin la pulakkk !!!  Isteri order mee kari… aku ??? Cam biasa… favourite aku…. roti canai ler… mesti 2 keping … baru kick !!!! Sambil bersarapan tu..terkenang pulak saat mula bercinta dulu … he.he.hee !!!!

Sementelah aku bercuti… aku pun tolonglah isteri, mana yang patut… yang tak patut, membebel pulak nanti … he.he.hee !!! Bermula la aktiviti dengan mengemas rumah..menyapu sampah, mop lantai…. cuci bilik air…(syok main air nieee !!)

Pastu… cuci kipas pulak…ada 4 kipas kat rumah…bayangkan la… sapu sawang…. dah macam duduk dalam gua…sawang penuh… mak ai !!! berpoloh den dibueknyo !!! (kena sampuk ler nie…cakap nogori la pulakkk ~bukan apa isteri orang belah-belah sana !!!)…

Dah siap semua tu… aku repair la pintu almari anak perempuan aku yang dah terkulai… kira aku ni, cam handyman la !!! Semua aku repair… jahit pulak kasut jogging isteri yang dah terkopak… masa menjahit kasut tu terbayang lak… cam nie ker rutin bro Joe (Sangilapi) tukang kasut tu… syok gak… layan abis !!! Berjaya la aku jahit kasut tu, walaupun tak sekemas jahitan bro Joe kita tu…

     

hasil tangan pertama bujang3

Dalam banyak-banyak benda yang aku buat hari ini…memasak dan membasuh jer yang aku tak buat… kalau aku memasak ??? Alamatnyer anak isteri ngan aku sekali tentu tak boleh nak makan…. aku bukannya pandai masak… ha.ha.haaa !!!

Tapi …apa-apa pun… sehari suntuk aku kat rumah melihat apa yang isteri buat… aku tabik la kat isteri aku nie… memang lasak…. macam-macam benda nak kena buat, walaupun hanya jadi suri rumah sepenuh masa… Kalau aku la kena buat semua benda tu setiap hari … rasanya tak mampu kot… Bukan apa… aku nie jenis yang malas sikit…

SEKALI SEKALA, TAK PER LA… !!!

HARI-HARI ???

ENTAH LA !!!!

24 comments

    • bujang3

      ye la… suami patut kenang dan hargai pengorbanan isteri tu… tengok pun dah penat jadi sekali sekala kenalah tolong mana yang patut…he.he.hee!!!

  1. etomyam

    terbukti memang suami yang mithali, pompuan boleh buat khoje orh laki tapi org laki susah nak buat khoje org pompuan hehehe… aku kalau lipat kain memang surrender😀

    • bujang3

      ye la… memang diorang nie rajan sesangat.. dalam satu hari, aku tak nampak pun depa rest… ada jer kerja yang depa nak kena buat… tabik sping la kat depa !!! kalau aku !!! Entah la …

      • sangilapi

        susah tak nak seluk dalam kasut untuk letakkan benang di mata jarum tu,bujang ?….aku harap jari ko tak tercucuk dengan mata jarum tu !

        ko tau tak nak matikan[simpul] benang tu bila dah habis jahit ?

        masih boleh diperbaiki mutu jahitan dan teknik jahitan :)….apapun untuk lepas sesak boleh le diterima jahitan tersebut.

        bujang,kerjaya tukang kasut boleh jadi jutawan tau🙂

        • bujang3

          mula-mula tu susah la jugak… lama2 baru lah ok sikit… terkena cucuk gak sekali sekala.. tapi tetap teruskan jugak….

          Haa !! bab matikan simpul tu la yang aku tak tahu… main bedal jer.. lupa nak tanya tokey jarum tu… penerangan dia panjang sangat.. tak sempat nak tunggu ending nyer !!!

          terima kasih atas komen yang di beri tu !!! bukan senang nak dapat nasihat pakar cam ko nie.. free plak tuu !!!

          memang tak dinafikan… tukang kasut boleh jadi jutawan… kat Sg Siput ada sorang tukang kasut… duit banyak….bini dua tuuu !!! hahahaaa!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s