Hotel dilarang guna istilah “Bufet Ramadhan” !!!

Hotel-hotel yang tidak mempunyai sijil perakuan halal dilarang menggunakan istilah ‘Bufet Ramadan’ kerana ia boleh mengelirukan umat Islam.

Pengarah Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Saimah Mukhtar berkata, hotel yang memiliki sijil perakuan halal daripada Jakim atau jabatan agama negeri sahaja boleh menggunakan istilah tersebut.

* Petikan dari Kosmo! Online ~ 7 Ogos 2010..

Begitulah serba sedikit petikan dari akhbar Kosmo! Online… Pada pendapat aku… memang bagus, kenyataan dari Pengarah Hab Halal Saimah Mukhtar itu… Jangan ada hotel yang sewenang-wenangnya menggunakan istilah “Bufet Ramadhan” itu untuk mengaut keuntungan berlipat ganda tanpa memikirkan tentang kesan yang mana bakal mengelirukan umat Islam seluruh Malaysia…

Jakim juga seharusnya memantau perkara ini, supaya umat Islam dapat menikmati juadah berbuka puasa dengan lebih tenang tanpa was-was dan ragu-ragu… Dalam keadaan Sijil Perakuan Halal yang banyak ditiru dan disalahguna sekarang ini…bimbang pula, ada hotel yang bertindak menggunakan sijil halal yang tidak diperakui itu… maka sudah tentu perkara ini harus disertai dengan pemantauan yang lebih berkesan… Jangan pula nanti…amaran cuma tinggal amaran kerana penguatkuasaan yang sekadar melepaskan batuk ditangga….

Dalam bulan puasa yang bakal tiba ini, semestinya bufet-bufet di hotel-hotel akan menjadi tarikan tambahan pula persaingan harga yang ditawarkan dalam usaha memancing tempahan dari umat Islam dari serata pelusuk negeri dan negara …

Bagi yang teringin hendak menikmati juadah berbuka puasa yang ditawarkan oleh hotel-hotel di Malaysia boleh lah semak senarai hotel yang mempunyai sijil halal yang sah untuk buffet berbuka puasa yang di sediakan oleh blog Adamfaiz baru-baru ini…

Selamat Berpuasa dan Berbuka dengan tenang tanpa ragu-ragu !!!!

17 comments

  1. etomyam

    elok dan sokong sangat-sangat buat macam tu, cumanya sempat ke nak wartakan peraturan tu. JAkIm boleh dan ada kuasa ke untuk denda kalau ada jugak yg degil. Biasalah, mesti ada yang buat tak endah je ni…

  2. sangilapi

    ermmm….selain penguatkuasaan tersebut sebagai pelanggan kita sendiri harus peka dalam isu ini🙂

    adalah lebih baik berbuka di rumah sendiri[ sendri masaklah !] bagi mengelakkan rasa was-was.

    *tapi aku kadang-kadang terkena dengan ayam goreng yang masih ada darah[cucian tak bersih] kat kedai melayu……amat terkilan ! *

    • bujang3

      diri sendiri pun kena peka.. betul tuu!!!

      aku memang suka berbuka kat rumah… makan masakan isteri

      *terkena ayam goreng masih berdarah nie…selalu kena… memang betul2 terkilan…

  3. Pingback: Risiko Hotel Tiada Sijil Halal | Hitam Putih Kelabu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s