Mencari rezeki tambahan di bulan Ramadhan Al Mubarak !!!

Salam untuk semua !!!

gambar dari Kosmo! Online

Ramadhan hampir tiba… Tapak-tapak pasar Ramadhan dah mula dibuat tempahan… sana sini sibuk orang berceriter pasal bazaar Ramadhan… Yang berminat nak berniaga, mencari rezeki tambahan sempena bulan puasa nie, dah mula membuat perancangan… dah tetap keputusan..jenis perniagaan yang sesuai mengikut citarasa…. dah mula membuat persiapan..membeli alatan yang yang perlu….

Aku ??? Tak pernah pulak, berniaga apa-apa dalam bulan Ramadhan …. bukan tak minat… cuma tak pandai…nak berniaga nie, bukan boleh main hantam keromo ajer… nak ada gak sikit-sikit pengetahuan, ilmu dan selok belok berniaga…kalau tak !!! Punahhh!!! Ibarat berniaga buloh kasap la jawap nya !!!! 

Ada gak member aku yang dah mula mengedarkan sampel kueh raya untuk memudahkan pelanggan dia membuat tempahan nanti… Lumayan gak hasil jualan kueh raya nie…(berdasarkan hasil pendapatan dari jualan dia musim raya yang lepas).. sekurang-kurangnya lepas le buat perbelanjaan dia untuk menyambut hari raya hari tu!!!! Untuk raya kali ini ??? Entah ler… tapi ..rezeki ada di mana-mana asalkan rajin berusaha…

Bagi yang berniaga di bazaar Ramadhan….belum pun bazaar Ramadhan kali ini bermula….Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail dah awal-awal bagi warning kat peniaga-peniaga supaya tidak menjual tapak-tapak yang telah dibeli kepada pihak ketiga… Ini kes nak untung atas angin la nie !!!

Pihak bandaraya Kuala Lumpur tidak teragak-agak untuk menarik balik lesen pemilik tapak terbabit, dan barangan akan turut dirampas… Pihak DBKL pastinya tidak akan berkompromi dalam menangani isu ini… begitulah amaran yang telah diberi oleh Datuk Ahmad Fuad Ismail…

Alamakkkk !!! Apa kes la diorang nie… kalau betul nak berniaga, janganlah tapak tu pulak yang nak dijadikan barang jualan…. belum start Ramadhan… bulan yang mulia…dah ada yang berniat nak buat benda-benda tak elok cam nie… tapak disewa RM500 jer sebulan..yang dia pi jual sampai RM30,000.. mak datukk !!! Punya la mahal !!! Jangan la penaya orang…kesian !!!

Daripada buat benda-benda cam tu, baik le tak payah berebut nak sewa tapak tu… baik duk rumah, buat amal ibadat…dapat gak pahala… Macam-macam hal !!! Ingat sikit !!! Bulan Ramadhan, bulan buat amal ibadat bukan bulan nak pekena orang !!!!

Seperti biasa ….. apa-apa pun !!!

 Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak !!!!

Selamat Berpuasa untuk seluruh umat Islam !!!!

10 comments

  1. etomyam

    pergh, dari Rm500 ke Rm30,000…patut ler sibuk jual..padahal kalau niaga sendiri mahu dapat 50k atau 100k ….oh mungkin deme tu nak fokus ibadah dan solat tarawih kot hahaha

    selamat menyambut ramadan😀

    • bujang3

      mungkin ler kot… apa pun … dalam bulan Ramadhan nie elok lah bersangka baikkk !!!!

      Mungkin depa nak focus kat bab ibadat ler tu !!!

      Selamat Menyambut Ramadhan😮

    • bujang3

      boleh ler buat amal lebih sikit… contohnye : halalkan hutang… tapi kalau nak bayar… lebih-lebih la sedikit !!! (ikut nada S.Samsudin aaa !!)

    • bujang3

      kesian kat orang yang betul2 nak berniaga… memohon dah tu tak dapat… pas tu ada pulak mamat yang dapat, jual pulak terlalu mahal…kesiannnn!!!! Tak patut betul !!!

  2. Mentol Bulat

    Nak kenakan orang ramai ini lah masa yang sesuai tak !!!

    A) Orang atasan ada kuasa nak kan cukai rakyat yang nak niaga dalam bulan pose ne

    B) Peniaga pada bulan pose le depa nak tekan ke nak brek harga

    C) Nak cari duit atas angin sewakan pada orang untuk 1 bulan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s