Lagi cerita makhluk misteri mirip dinosaur ditemui !!!

GAMBAR yang dirakamkan oleh Gill Pearce menunjukkan makhluk misteri yang berleher panjang di Goodrington, Britain.

 

 EDINBURGH – Seorang wanita Britain, Gill Pearce merakamkan gambar yang menunjukkan imej seekor makhluk misteri mirip dinosaur yang berleher panjang, Plesiosaur pada Selasa lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Beberapa penduduk tempatan turut melihat makhluk itu yang pada mulanya disangka sebagai seekor penyu gergasi sedang mengejar sekumpulan ikan di Teluk Saltern Cove, di Goodrington dekat Paignton, Devon, England.

Pearce melaporkan penemuan itu kepada sebuah badan pemuliharaan marin Britain, Marine Conservation Society (MCS).

Gambar itu kemudian dikaji oleh pasukan pakar hidupan air dan dihebahkan ke seluruh dunia menerusi laman web mereka.

“Dia (Pearce) mengesan makhluk itu kira-kira pukul 3.30 petang waktu tempatan pada 27 Julai lalu dan sempat mengambil kamera untuk merakamkannya semasa ia muncul di permukaan air,” kata seorang anggota MCS, Clare Fischer. – Agensi

**Berita dari Kosmo! Online.

Ha….!!! Dah lama tak dengar citer pasal makhluk misteri cam nie !!! Tup-tup !!! Timbul kembali citer makhluk misteri mirip dinosaur yang menghuni tasek, kebiasaannya. Dan yang peliknya … biasanya, makhluk misteri cam nie.. suka sangat muncul kat luar negeri… tak pernah pulak memunculkan diri kat Malaysia…

Sesekali, datang ler kat Malaysia…muncul kat Tasek Chini ker..kat Sungai Pahang, Sungai Perak, Sungai Rajang ker…. Ini tidak !!! Asyik-asyik kat luar negara.!!! Apa yang spesel sangat kat sana tu ???

Dah banyak citer cam nie yang keluar kat negeri omputih… entah betul..entahkan tidak…ada satu kali tu…aku tengok rencana, cam ner diorang buat replika dinosaour dan kemudian dengan sengaja menunjukkan dari jauh kepada pengunjung tasek… apa lagi…pengunjung tersebut kelihatannya terkejut dan ramai yang mempercayai bahawa yang dilihat adalah makhluk misteri yang sebenar…Macam-macam yang boleh dilakukan oleh omputih nie… nak cari publisiti ker !!! Entah lah!!!

Tapi..rasanya, korang percaya tak citer terbaru nie ???

Aku ???

Tak tau lerr!!!

Apa-apa pun… Layan jer la !!!

16 comments

  1. Mr.Z

    susah gak nak percaya kalau setakat gambar seciput je..haha.. patut orang tu dah jumpa, pergi la tangkap ke..baru orang percaya..😀

  2. botak

    sejak tengok dokumentari the arrival, sy dah x percaya semua benda2 misteri yg meragukan ni..semua ni trick org yahudi je..nak mengaburi mata kita

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s