Tutorial ~ Simpanan Data Dengan Excel – Cara Aku !!!

Sekali lagi aku ingin berkongsi (kepada yang minat ler!!), tentang cara aku menyimpan data menggunakan Aplikasi Excel… memandangkan data yang perlu aku simpan tu banyak dan tersimpan dalam banyak file,  maka aku telah menyusun file-file aku dalam satu portal yang aku cipta khas untuk memudahkan aku meng”akses”nya bila diperlukan nanti…

My Portal !!!

 

Beginilah rupa portal yang telah aku reka mengikut kehendak dan cita rasa sendiri….portal nie aku gunakan di tempat kerja..Perhatikan pada setiap button yang terdapat dalam portal itu….!!! Semua button itu akan meng”akses” file yang berkenaan bila di”klik”.. Ini adalah untuk memudahkan aku membuka file yang diperlukan kerana hampir semua file terdapat dalam satu portal.. 

Ambil satu contoh…Dari portal ini aku nak buka personal data file… Aku cuma perlu klik pada button go to my personal portal, maka akan di”channel”kan pula ke portal seterusnya iaitu My Personal Portal… lihat gambarajah dibawah …

My Personal Portal

Dari portal ini, aku seterusnya klik pula pada word artopen my personal data file”. Akhirnya, file yang aku ingini itu pun terbuka, bebas untuk aku update data terkini (sekiranya ada)…

 

file butir-butir peribadi.!!!!

p/s : bagi word art, aku gunakan hyperlink dan bagi button pulak, aku gunakan macro sebagai arahan kepada system untuk membuka file/worksheet yang berkenaan

untuk membuat hyperlink ke word art !!!

Untuk guna work art dan hyperlink… klik pada word art dan tukar text ikut selera…klik pada text, akan keluar pop-up seperti gambarajah dan klik pada hyperlink dan bolehlah dipilih file apa yang nak di”link”kan.

klik Assign Macro !!!

Untuk button… klik kanan pada button terpilih, akan keluar pop-up, klik Assign Macro….

Klik New !!!

Pop-up berikut akan menyusul, klik pada butang New… kemudian..taipkan arahan seperti berikut … “Worksheets(“SHEETNAME’).Activate 

Begitulah serba sedikit yang boleh aku kongsi buat masa ini….di harap sedikit ilmu ini boleh digunapakai..!!!!

25 comments

    • bujang3

      student IT (komputer) mesti terrer punyer !!!! Sebenarnya aku tau sikit-sikit jer… Tapi kata orang tua-tua, kalau tak dapat rotan, akar pun jadilah…so dengan pengetahuan yang sedikit tu, aku modified ler, cam McGyver… guna apa yang ada (tahu) jer!!!

    • bujang3

      betul la tu… excel memang ada kotak2 tu…tapi aku dah modified sikit..tambah gambar, button dan lain2…. saja nak bagi nampak lain sikit !!!!

    • bujang3

      ye lah.. betul kata ko…memang syok ikut acuan dan selera sendiri…tak payah nak tiru2 orang ..tapi ambik idea buat contoh dan untuk belajar, tak pe kan!!!

  1. EP

    Salam saudara.. nak tanya, boleh ke kita retrive data dari sheet lain? klo buat updating tu nanti kena buat dekat sheet ke? berminat jugak ni nak belajar

    • bujang3

      Salam !!! Terima kasih sebab melawat !!! Untuk pertanyaan saudara tu, data boleh di”link”kan dengan sheet yang lain dan kita boleh update data hanya pada satu sheet saja..terpulang macam mana kita nak data itu di”link”kan…. InsyaAllah…aku akan buat satu lagi tutorial berkenaan dengan isu yang disebutkan itu…

  2. wan maslina

    mcm mana nak buat penyimpanan data menggunakan excel 2007.blh tlg sya tak sbb saya betul2 perlu utk menyimpan makluma penting saya yg banyak dan perlu update selalu

  3. wan maslina

    blh tlg ajar saya mcm mana nak simpan data guna excel 2007.saya dah tgk tutorial dlm excel 97 tp bila cr ikon tu dlm excel 2007 xde pun.dah buntu skrg ni

    • bujang3

      Baiklah Wan Maslina… kalau “button” tu yang Wan Maslina maksudkan… saya akan postkan satu lagi tutorial untuk cari button tu.. kalau betul itu yang dikehendaki lah….

  4. amri

    sy ingin buat pengisian markah ujian/peperiksaan online, tp xtau sgt…skrg ni sdg guna google punya spreadsheet dan sharing dgn kwn2….ada cara lain yg lebih bagus…bleh bgtau tak…? kalau ada apa2 yg nk bgtau bleh email kat saya…amrirani@gmail.com… tq byk2….

  5. Sakinah

    Assalamualaikum.. Sy dh tgk n baca cara saudara save sume dokumen2 ptg spt kt ats ni..Sgt bgus..Mmg best klu benda2 dlm laptop sentiasa kemas, teratur & trsusun spy mudah nk cari ap2 yg perlu..Sy nk tanya ttg data entry, prnah ke saudara buat? Klu prnah boleh tlg emailkn n ajarkn sy cara trsebut..Terima Kasih krn sudi berkongsi ilmu..Moga bantuan saudara akn dikira sbg ibadah disisi Allah..Aamiin..

    ana_mukminah@yahoo.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s