Mood turun naik ketika ber”blogging” !!!!

Sekarang nie, kita lihat makin ramai manusia yang nak ber”blog”… termasuk le aku… Tujuan ????  Masing-masing ler !!!

Kalau yang bertujuan mencari income tambahan, mungkin memerah otak setiap hari untuk memastikan blog ber”update’ supaya trafik sentiasa berjalan lancar…. Biasanya ..menurut pakar blog ler !!! Kita kena sentiasa mencari isu-isu yang menarik supaya yang membaca tidak jemu dan akan datang menjengah ke blog kita setiap hari kerana ketagih dengan info atau celoteh yang ditulis taip dengan bait-bait perkataan yang tersusun kemas…(kadang-kadang, berselerak jugak).

Ada jugak yang full-time blogging… mencari nafkah untuk sara kehidupan keluarga melalui aktiviti blogging…. Ha !!! Yang nie lagi la kena selalu fokus… kena sentiasa hadir dengan isu-isu yang mantap, menarik (tertarik kau memang da bom !!)  untuk diketengahkan… Kena selalu bersemangat…!!! Tak kiralah dalam menulis entri terbaru ke @ membalas komen dari pengunjung ker @ menulis komen di blog-blog pengunjung ker…. Ini penting untuk menjamin trafik sentiasa ditahap “A+“…

Bagi yang menulis blog sekadar suka-suka pun, mesti lah memastikan blog sentiasa ter”update” dalam menjamin blog sentiasa segar dan menarik supaya dapat bertahan dan menyatakan kehadiran dalam dunia blogging.!!!

Begitu juga, bagi yang ber’blogging” untuk tujuan peribadi..menyampaikan pendapat dan luahan perasaan…tetap kena menampilkan isu dan celoteh yang seronok untuk dibaca… Mungkin dengan sedikit pengajaran dari isu yang ditimbulkan !!!! 

Apa pun… kita tetap manusia biasa….!!! Mood kekadang naik…kekadang turun !!! Ada ketikanya kita di”serang” dengan idea hingga tak mampu jari jemari menaip setiap patah perkataan yang begitu sesak memenuhi ruang fikiran… macam-macam nak ditulis, macam-macam nak diketengahkan…ada saja cerita yang terlintas di kepala…. Itu masa idea datang mencurah-curah !!! 

Tat kala, fikiran buntu !!! Idea tak menjengah kotak fikiran !!! Mood yang makin menurun!!!  Meloponglah kita…. ter”abai”lah blog kita tanpa post-post atau entri-entri terbaru…. suramlah jadi nyer !!! Nak buat camner…. idea dan mood nie bukan boleh datang dipaksa-paksa…. !!!! Kadang-kadang …susah jugak nak memastikan mood sentiasa ok, yer!!!

Apa-apa pun… hati kena cekal, fikiran dan tumpuan mesti fokus… baru lah blog sentiasa ter”update” dan kelihatan ceria !!!! (Pendapat aku ler!!! Orang lain aku tak tau!!!)

20 comments

  1. yani

    iya benar, mood naik turun saat berblogging 🙂 tapi karena bukan untuk mencari nafkah, jadi aku santai saja.. yang penting blog tidak ditelantarkan. oiya, salam kenal untuk bujang3, terimakasih sudah singgah di rumah mayaku

    • bujang3

      Salam kenal… terima kasih kembali atas kunjungan balasmu…. Ya!!! Lain orang, laain tujuannya untuk berblogging !!! Ikut selera masing-masing…janji blog sentiasa ter”update” !!!

    • bujang3

      ya betulll!!! blogging is fun… seronok dapat kawan…walau pun di alam maya !!!! Boleh bertukar info, tips dan boleh berpesan-pesan antara satu sama lain….. kira A+ lah !!!! he.he.he

  2. suri cahaya cinta

    benar tu ikut mood juga hehehe..kekang ada mod hapy maka berlegarlah tangan menaip segala yang termaind di minda..

    time kotak minda kosong adeh rasa cam mals jer nak baut posting yang seterusnya…

    kena juga rajin membaca..Insyallah pasti akan ada post yang bakal menyusul kelak.

    bro jalan2 le manan tahu ada idea datg ke hehehee 🙂 apa2 pun mmg tak ninafikan semua bloger mglami mslah nie..huhu..sesekli bro selitkanlah ctr peribadi apa slhnya..cam kisah hujug mgu ke, mkan bsma anak2 isteri. 🙂 hehee..

    semoga mood bro bujang akan kembali ok semula.. 🙂

    • bujang3

      Suri..!!! Terima kasih untuk tips yang panjang lebar tu…!!! InsyaAllah..lain kali akan ada sedikit kisah peribadi..mungkin !!! Tapi…apa pun …tabik kat Suri… setakat ni blog Suri penuh ngan info dan yang bestnyer…penyampaian yang sedikit lawak jenaka tu…. buat tergelak ajer !!!! Kih.kih.kihhh!!!!

  3. madlut

    kadang2 mood ada, idea tiada..kadang-kadang idea tiada. mood ada..apa2 pun, itulah cabaran seorang blogger..hehe..

    tak salah ambik cuti, tapi jangan lama-lama sangat..hhe

  4. bujang3

    betul tu… sebagai manusia…kita tak boleh lari dari keadaan itu… dah namanya pun manusia, tentu punya perasaan..kadang-kadang mood ok, kadang-kadang tak ok !!

  5. sangilapi

    mood kalau turun,kenalah naikkan semula
    mood kalau tengah naik,kenalah simpan sikit jangan dilayankan sangat sebab dari situlah timbul bosan kelak ….pada aku lah 🙂

    apapun itu semua lumrah dalam apa jua perkara.

  6. shaharil

    Apabila mood yang sangat bagus, idea mencurah bagaikan air hujan. Masa tu senang giler nak buat posting blog.

    Mood yang stabil diperlukan untuk meninggalkan komen di blog orang.

    • bujang3

      kalau dah idea turun cam air hujan…tak ada apa yang mampu menahan jejari menaip setiap patah perkataan… itu mood tengah baik ler tu… kalu tak… ????

  7. DrSinga

    terima kasih kerana encik Bujang3 selalu pergi keBlog saya yang itu… 🙂
    maaf kerana lambat menjenguk sini…
    🙂

    • bujang3

      sama-sama… tak pe…biar lambat asal datang…lagi pun kedatangan Dr dan rakan-rakan memang dialu-alukan !!!! Buatla macam rumah sendiri ye!!!!

Leave a reply to bujang3 Cancel reply