Seratus persen cintakuuu!!!!

Seratus persen cintaku!!!!

Hey!! Hey!! Hey!! Hanya untuk mu !!

(berdangdut la pulok !!!)

Rentetan dari cerita Cik “A” hari tu, di pejabat aku, telah lahir penceramah dan pakar motivasi tak bertauliah yang setia mengulas kesan dan akibat daripada peristiwa tersebut….!!!

Antara persoalan yang timbul adalah…. berapa peratuskah kepercayaan yang seorang insan patut berikan kepada pasangan masing-masing ???? Maka, kecoh la sekejap suasana pejabat di hari itu….

Bagi yang perempuan…ramai yang mengatakan (tidak semua), kepercayaan yang harus diberi kepada suami tidak boleh mencapai 100%… golongan ini berpendapat…. lelaki memang tidak boleh di ramal… memberikan kepercayaan 100% kepada suami adalah tidak wajar, bimbang diri akan kecewa di suatu hari nanti..!!!  

Bagi yang lelaki pula (termasuk aku)… wajar diberikan kepercayaan 100% kepada si suami sebagaimana kami mempercayai isteri 100%… cuma… mungkinlah boleh cemburu sedikit sebanyak… bukankah cemburu itu tandanya sayang!!!

Benar !!! Setiap individu mempunyai pendapat masing-masing…. Tapi … bolehkah suatu ikatan perhubungan itu berjaya sekiranya tidak ada kepercayaan terhadap pasangan masing-masing ??? Akan wujud, prasangka setiap waktu dan akhirnya akan membuatkan pasangan menjadi rimas ditanya itu ini, terutamanya lelaki !!!

Bukankah itu akan mula meretakkan perhubungan ??? Mungkin ada sesetengah lelaki yang tak jujur… Mungkin dalam kes cik “A”, dia bernasib malang kerana bertemu jodoh dengan lelaki yang tak bertanggungjawab…!!! itu dah ketentuan hidup dia … tak melambangkan semua lelaki dalam dunia nie berperangai sebegitu !!!

Masih ramai yang jujur dan setia pada isteri masing-masing !!!  Pada aku lah, kita sepatutnya percaya kepada pasangan masing-masing, mungkinlah boleh kita berterus terang cthnye :

” Abaaanggg !!! (nada tu perlu panjang sikit, baru manjaaa!), Ayang percaya kat Abang…100%, tapi…Ayang nie jenis yang cemburu tau… sebaaabbb ( lagi sekali…panjang sikit nada tuuuu!!), Ayang saaaayang Abang !”

Caiiiir gua cakap luuuu!!! Suami mana yang akan buat perangai kalau dah si isteri cakap macam tuuu!!!… Entah ler…orang lain aku tak tau ler pulak…. tapi bagi aku ….

SAPA TAK SAYANG BINI OOOI!!!!!!

p/s : apa-apa pun …masing-masing punya cara ler !!!!

30 comments

  1. myblog33r

    heran teman….teman tengok kisah ni dari awal lagi TAPI mana pergi komen dari belah pompuan ni…takkan xde kot…cam berat sebelah jer topik ni….hehehe

    • bujang3

      tu la dia…!!! pelik gak…. nampaknya menang tanpa bertanding lah nie !!!! kih.kih.kih!!!!
      p/s : syabas bro myblog33r….selamat kembali !!!!

  2. suri cahaya cinta

    alahai..caraku..huhuuuu..

    entah le suri mmg sorang yang manja nd banyak lomak! tapi utk kpcayaan tu suri tak letakan 100% sebab nnti klu patah hati adeh merana den..

    bukan tak pcya tapi kata org kenalah ada rasa was2 juga sb llki klu terllu beri percayaa tkut salh guna nnti. Sebab apa kbyakan yang suri mmg peten bgtu. sungguhpun bgtu tak smu llki sbgtu rupa hehehe.ni pdpat peribadi suri🙂 hoho..

    tapi sebaliknya dia pula cemburukan suri..kukuku….apa kes?? hua…

  3. myblog33r

    hakikat tetap hakikat…manusia mampu merancang tuhan tentukan…hidup kita dh dirancang dari awal lagi, sejak dlm perut, sebelum kuar dr perut kita dah pun di tawafkan di mekah, kemudian kita dah berjanji yang kita perlu berbuat baik semasa kita hidup di muka bumi Allah ni, tapi syaitan tetap mencari jalan menyesatkan umat Allah ni…yang pasti akal diberi harus digunakan sebaiknya namun yang jahat itu datangnya dari hati yang kotor….wallahuaalam..

    • bujang3

      wahhh!!!! member aku dah jadi USTADZ !!!! bila dapat tauliah nie !!! hik.hik.hikkk!!! Apa pun …apa yang di katakan itu memang benar !!!!! Ikutlah jalan yang benar…tinggalkan jalan yang menyesatkan !!!!

  4. myblog33r

    aik…si mentol ni bior betoi..kan ke si bujang3 tu yang ehheemm2…dari mula citer g kan dah lain mcm jer kan…ni apasal ke teman pulak nak di kenen nya ni..manyak susah la woo…

  5. Mentol Bulat

    Aku tak cukup umur 40 an lagi bak kata P Ramlee “Saya nee belum Akhil Baligh” lagiiiii he he he he he he

    Myblog33r bila lagi nak cari teman – teman putih – putih sutera macam emmemm… kalo ada rekemen kat kawan – kawan……

    • bujang3

      tak cukup 40an tapi ekonomi tetap mantap…dah kira boleh ler tu…. Myblog33r… nak tunggu apa lagi…. nanti bila dah masuk 40an, asyik ingat nak tambah saham jer !!! Lagi parahhhh!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s