Bila cinta di dusta !!!!!

Bila cinta di dusta

hidup jadi gelisah

hilang kekasih hati

jiwa jadi merana

Begitulah yang terjadi pada setiap insan yang bercinta… bila cinta di dusta, dipermainkan, maka akan hilanglah kepercayaan antara satu sama lain…. Itu…pada waktu bercinta….

Terjadi pada seorang perempuan (cukuplah dinamakan sebagai “A”), yang mana, baru-baru ini, meletup kisahnya yang dalam proses akhir untuk menuntut fasakh dari suaminya melalui tindakan mahkamah…

Sebelum nie tiada siapa yang tahu mengenai masalah yang menimpa si”A” nie tadi…malah, tiada sedikit pun tanda-tanda yang dia sedang bergelut dengan masalah rumah tangga… memang dia seorang yang tabah, sentiasa tersenyum…pandai menyembunyikan rahsia… 

Sehinggalah, semalam… bila si “suami” menunggu di tempat letak kereta, mungkin bertujuan untuk memujuk supaya dia menarik balik tuntutan dia tu !!! Perkara ini dah terjadi buat kali ketiga…setiap kali sampai ke proses terakhir, maka si “suami” berjaya memujuk…..Tapi …kali ini si”A”, benar-benar nekad untuk meneruskan niatnya menuntut cerai… mungkin kerana dah tak dapat menahan rasa….dah serik, kerana si”suami” yang telah diberi peluang, masih tak mahu berubah..semuanya gara-gara, cinta yang telah didusta…

Yang si”suami” nie memang pelik….aku tak tahu lelaki jenis apa dia nie… dulu pernah sekali dia datang “serang” kat tempat kerja si”A”, kerana masalah yang sama… tapi nasib baiklah dapat di”settle”kan dengan berhemah oleh penolong pengurus tempat kerja si”A” tu…

Sekarang nie, habis satu ofis dah tahu masalah rumah tangga dia… Menurut si”A”… nafkah zahir pun tak diberi, nafkah batin boleh bagi pulak (diukur dari bilangan anak sejak kemelut bermula, yang terakhir baru berumur setahun lebih)…semua urusan belanja rumahtangga, nak harapkan isteri….

Entahlah… bukan nak masuk campur…tapi kesian, bila melihat nasib malang yang menimpa !!!! Harap dia berjaya dalam percubaan dia menuntut keadilan !!! Gitulah jadinyer……

BILA CINTA DIDUSTA….!!!!

12 comments

  1. zik

    cinta pada manusia memang bermusim.. cinta pada Allah kekal abadi… mungkin disebabkan cinta kepada duniawi … hubungan kekeluargaan menjadi longgar …terima kasih diatas peringatan ini..

    terima kasih credit tuh bro…

  2. Notakosong.com

    err…. boleh tanye tak,

    kenapa perkataan suami tu ada tanda ” ” ?
    adakah bermaksud belum kahwin?

    apa-apa pun, biasa la tu, dah kalau pasangan tak reti memahami, ikatan tak dipatuhi… jadi la masalah rumahtanggan macam ni… tak persefahaman.

    • bujang3

      tanda ” ” pada suami tu saja aku letak, nak menandakan suami jenis apekah dia tu.dah kahwin tapi tak tahu tanggungjawab sebenar seorang suami!!!!! bila “suami” dah buat hal maka, tunggu nak cerai jer laaaa!!!…

  3. kulanz

    Bercerai perkara halal yg tak disukai Allah SWT.. tapi kalau dah terpaksa atas sebab2 munasabah.. baik cerai daripada menanggung derita..

    • bujang3

      memang betul pun…aku setuju sangat…. memang si awek nie dah lama menanggung derita, tapi baru sekarang dia bertindak menuntut fasakh…dlm proses le tu!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s