World Cup 2010 sudah berakhir, rutin kembali seperti sediakala !!!

SPAIN sudah menjadi JUARA bagi Piala Dunia 2010. Dengan itu maka berakhirlah sudah musim Piala Dunia bagi tahun 2010 yang mengambil tempat dihati peminat bola sepak setiap 4 tahun sekali.

Jika sebelum ini, sewaktu berlangsungnya Piala Dunia sejak 11 Jun 2010 – 11 July 2010, ramai yang tak tidur malam demi menyaksikan pasukan pilihan berentap bagi memastikan tempat ke pusingan seterusnya, kini dapat kembali tidur dengan lena setelah tamatnya acara yang berprestij ini.

Jika sebelum ini, ramai yang mengantuk di tempat kerja dan mungkin mengganggu sedikit prestasi kerja, tapi kini tidak lagi…. Ramai yang kembali segar dan bertenaga untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan dan prestasi kerja kembali seperti sediakala (jika tidak bertambah baik).

qrtr final ke final

Namun, mungkin dalam sehari dua, masih ada yang tak berpuashati kerana pasukan pilihan masing-masing kalah dalam persaingan yang penuh dengan debaran ini. Adat pertandingan, ada yang kalah dan ada yang menang…. tapi yang berjudi (judi itu haram di sisi Islam), mungkin kekalahan tak dapat diterima dengan baik… maklum sajalah… entah berapa duit yang habis dengan kekalahan itu, hanya yang empunya diri yang tahu…

Yang menariknya, sepanjang tempoh pertandingan itu, lahirnya ramai pengulas sukan amatur yang setia mengulas setiap perlawanan sehingga ke perlawanan akhir…. Ulasan-ulasan mereka juga, kadangkala mengundang kontroversi yang tak berkesudahan dan menggamatkan suasana.

laluan penuh ke Final

Walau bagaimana pun, JUARA dah ditentukan, yang berniaga kembali berniaga, yang bekerja kembali bekerja seperti biasa, rutin kehidupan kembali seperti sediakala, gelagat peminat boleh sepak yang mencuit hati, mungkin akan kembali dapat disaksikan lagi, dalam Piala Dunia 4 tahun akan datang.

Begitulah lumrahnya kehidupan, walau apa yang terjadi, kehidupan tetap diteruskan seperti biasa….

 

6 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s