Digi Broadband !!! Makin lama, makin hampeh !!! Nak “blogwalking” pun susah!!!!

Buat masa nie aku, tengah tunggu game World Cup antara Uruguay dengan Netherlands… Jam baru menunjukkan angka 1:10…lambat lagi nie…kalau aku tidur dulu…sure miss punye…!!! aku nie, kalau dah tidur, memang dah tak dengar, walau dah disetkan alarm pada waktunya….Mesti sedar time nak gi kerja aje… itu pun, nasib baik isteri aku yang kejutkan, nama nak bangun sendiri…. alamat, tengahari ler jawabnyer !!!

Sementelah, lambat lagi nak start game, aku pun mulalah berkira-kira nak ber”blogwalking”… nak melawat blog kawan-kawan… baca post terbaru dan komen sikit-sikit (cadangnyer le!!!). Mula-mula aku lawat blog schoolmate aku dulu, blog Adamfaiz (idola aku sejak mula berblog)… komen sikit-sikit, kebetulan pulak, member dah reveal secret to be a romeo pada kali ni…. (terkenang zaman sekolah dulu)… he..he.hee!!!

Pas tu, ingat nak gi la laman blog kenalan baru Mohdnadri(dot)com, tapi hampeh… Digi broadband, semakin hari, semakin menguji kesabaran aku…Line asyik slow jer…. bengang betul… nak tunggu tamat kontrak….lagi 11 bulan…

Cuba perhatikan speed DiGi tu!!! Hampeh!!!

Memang, dalam hati dah berkenan ngan streamyx, tapi apakan daya, kalau boleh nak ditamatkan kontrak DiGi “durjana” nie dulu, sebab…kalau dikenselkan, kena pulak penalty (cam World Cup pulak) RM165 (RM15 x 11 bulan)…. rugi lak rasanyer, bayar pada benda yang kita belum guna…. Sabar jer la…tengok je la, sejauh mana aku boleh bersabar!!!!

Ok, la…dah dekat pukul 2:00 dah nie…. nak buat kopi, pasang tv…layan World Cup, Semi Final… Uruguay vs Netherlands…. Ha !!! kan aku kata… line Digi nie slow… nak post entri nie pun dah dekat sejam…!!!!

p/s : Agak-agak…sapa menang ???? Kalau tanya aku… semestinya Netherlands !!! Go…Netherlands, Gooooo!!!!!

17 comments

    • bujang3

      dah pakai 3 bulan dah boss, tapi untuk kontrak ada lagi 11 bulan, 2 bulan yang pertama tu tak kira kata depa pasal belum start bayar penuh…entah ler…tak paham aku…biase le, masa nak jual cakap punyala manis, masa nak cancel…hampeh!!!

  1. Nadri

    terima kasih atas link tu bro..celcom broadband pun sama hampeh jgk..aku baru 2 minggu tukar streamyx..mmg puas hati w/pn kena byr lebih sikit..

  2. arzone71

    Pakat ngan mana-mana sis yg study U tu..amik student package ..rm38 sebulan..free wifi ngan netbook..sementara stok masih ada…he he..

    Ari tu deme dtg umah jalan 5 komp skali…kira ok tu..macam cc lak..he he

  3. botak

    bro sy bru sign up digi broadband..
    elok je sy pkai kat sini..
    hehe dan murah pulak tu…
    1st two month x pyh byr..
    dan x de kontrak..
    so anytime sy bleh terminate

  4. mantoyya

    gitulah keadaannya bro kalau pakai wireless broadband. kena kongsi dengan pengguna lain. tah berapa ramai pengguna hp + broadband masa tu, pengguna hp (voice call) kena bagi priority. dah pemancar cuma boleh hantar 7.2mbps ke, kalau ramai yang kongsi, faham2lah drop le kita punya bahagian. walaupun kita subscribe untuk paling laju punya.
    macam wifi gak. kalau 1 pc memang boleh dapat wifi nye rating 54mbps, kalau dah 20 aktif, payahla nak dapat laju..
    Kira, kalau nak setakat light browsing, boleh jugak la pakai 3g ni. kalau heavy usage + kaki download + kaki youtube, lupakan celcom maxis digi umobile etc.
    dulu pakai streamyx combo 384k. tapi dah dimasuk voice plan (tak pakai pun) jadi mahal. tak tahan jadi tukar P1 home. takat ni okla. cuma tak syok bila dah 5GB jadi slow. waktu tu, kalau nak download file besar, cucuk hp je (celcom). nasib la kalau dapat full 500kbps. skrg ni speedtest celcom dapat 5kbps je. hehehe.

    • bujang3

      mak aiii !!! Dah tu kita nak guna apa yer ??? Streamyx kot !!! Ramai yang kata streamyx nie bagus !!! Tak tau la… tapi aku nak tunggu abih contract jer nie.. pas tu mungkin nak masuk streamyx kot !!!

  5. sukasurf

    Bukan setakat hampeh…dah jadik taik dah…dulu ok la jugak…tapi la nie macam taik………………….memang betul, streamyx lagi stable, rate sgt berpatutan dan mengembirakan perasaan jugak aman….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s