Artis Tak Boleh Jadi “ICON” !!!

Wardina !!!!

Masih aku ingat, suatu ketika dulu, ramai orang (terutama artis) yang marah sangat kat Wardina kerana mengeluarkan kenyataan berbunyi…. 

“Artis memang tak boleh dijadikan “ICON”..!!!” 

Masa tu, ramai artis yang marah…siap keluar Melodi lagi…!!! Meluahkan perasaan tak puas hati terhadap Wardina…. Ada yang kata … 

            “Siapa Wardina tu, nak keluarkan kenyataan sebegitu….”

             “Dia tu baik sangat ke, nak menilai orang macam tu…!!”

             “Dia tu Malaikat ke???”

contoh seorang Muslimah !!!

Macam-macam le ayat-ayat cinta tak puas hati yang terkeluar…. Aku pun termenung jap, bila mendengar kenyataan Wardina tu… tapi…bila difikirkan balik…ada betulnya kata-kata Wardina tu…!!! Yer la….kalau nak jadi “ICON” tu, kena la tunjukkan teladan yang baik-baik… dah namanyer pun icon ; menjadi ikutan…!!!!

Tengoklah sekarang nie…. Ramai artis yang kena tangkap pasal dadah… Pelakon terkenal yang selama nie nampak baik pun dah kena tangkap…. …. Siap proses dadah sendiri pulak tu… Pening la mak (juga pelakon) dia nak turun naik mahkamah nanti … Yang terbaru…. pelakon komedi terbaik yang disanjung-sanjung pun dah terkena  kena cekup… baik punya layan dengan 5 lagi member dia…. Itu kat Malaysia….

Kat Indonesia pulak… yang terbaru… Penyanyi dari kumpulan terkenal yang diagung-agungkan sangat oleh orang kita…dah kena soal siasat pasal aktiviti blogging seksual dia dengan model terkenal Indonesia…mula-mula memang la tak mengaku…tapi telah disahkan oleh penyiasat terlatih bahawa video klip tu memang bukan orang lain selain dia sendiri….

Jadi… kalau dah itu lah yang terjadi dalam dunia artis masa kini… masih layakkah mereka ini (golongan artis) dijadikan “ICON” atau ikutan….??? Dan ..yang membimbangkan tu, menjadi ikutan anak-anak muda remaja kita yang masih mentah dalam menilai kehidupan yang penuh pancaroba ini…. Golongan muda belia nie, terlalu cepat terpengaruh dengan perbuatan atau aktiviti tak sihat yang dilakukan oleh idola mereka masing-masing… Takut rosak pelapis kepada pemimpin-pemimpin kita dimasa hadapan… BAHAYA !!!

Kerana nila setitik banyak titik, rosak susu sebelanga !!! FIKIR-FIKIRKANLAH !!!

p/s : bujang3 memang tak setuju pun, artis dijadikan ICON….!!!

26 comments

  1. botak

    menarik bro entri ni..pointnya hampir2 sama dgn entri sy..kalau kat malaysia mmg x ketara icon menjadi ikutan remaja..kalau kat US tu, icon2 ni sgt popular..budak2 sana sampai boleh menangis terharu sebab dpt tgk artis menyanyi live..kalau 10 tahun yang lepas kita boleh saksikan zaman2 brietney spears dan christina aguilera..then last 5years zaman hilary duff dan lindsay lohan(tu zaman sy la tu)..sekarang zaman2 high school musical pulak..alaa org2 tua x kesah sangat kot..tp budak2 mcm sy ni mmg tahu semua tu

    • bujang3

      aku tak heran sangat ngan artis nie… memang kita tak patut terlalu cepat menilai, tapi dah terang-terang, kebanyakannya tak elok…nak jadi ikon cam ner…..

  2. arzone

    Pandangan saya..rasanya x salah nak jadikan ikon..masalahnya siapa artis tu..apa pulak yg ada dlm dirinya sehingga layak dijadikan ikon? ..dan apa pulak standard yg perlu dicapai seseorang utk jadi ikon. Senang citer ikon tu mungkin perlu juga utk jadi model, ikutan atau satu benchmark yg boleh diikuti…dan tentunya bertujuan menjadi panduan kepada manusia lain supaya menjadi lebih baik.. Ye la dlm mendekati para remaja yg gemarkan hiburan mungkin pemilihan artis yg sesuai mungkin dapat membantu..cuma carilah artis yg betul2 layak ….

    • bujang3

      betul gak tu…!!! tapi dah banyak sangat ragam artis yang tak betul membuatkan kita risau…. remaja nie, biasenye asyik ambik contoh yang tak baik aje…yang baik semua tak nak ikut…tak rock la kata depa…. entah le…tepuk dada, tanya selera… (kalau masih selera tengok muka apek yang selebet baru-baru nie)

  3. botak

    kita dok kutuk depa pun, hakikatnya poket diorang penuh jugak duit..masih ramai lg org kt luar sana yg menyokong para artis ni..dan kdg2 ikon ni berguna jugak..contohnya faizal tahir sekarang ni jd model ke ape ntah utk beri kesedaran ttg kesusahan saudara di palestin..hehe asal tiba2 aku sokong artis pulak ni??

  4. sangilapi

    icon? nak kena faham bab ni betul-betul,nanti ada yang tersasar sudahnya😦

    sanjungan atau rasa kagum terhadap sesama manusia ni biar berpada-pada biarpun wataknya seorang islamik[kita ni selalu tertipu dengan pandangan mata]

  5. rose is Mawar

    salam semua… trpulangla dr indvdu itu sma ada nak jdikan artis sbgai ikon…. x smua artis mcm tu… trpulang dr kt nak pilih artis itu sbgi ikon kt… klu kt pilih artis yg blh di d jadikan ikutan, xpa juga… tp klu rsa2 artis tu prngi mcm entah apa2 xpayala nak jadikan ikon…

  6. aimy

    jangan lupa beberapa tahun lampau..masa wardina masih posing dengan rambut pendek dan skirt nyer pun pendek..masa tue dier tak layak juga digelar ikon..pada mas ITU dia pun lebeh kurang sama dengan artis2 yang lein…nasib dia baik. Tuhan bagi hidayah dan dia berubah..dia patut bersyukur menerima hidayah Tuhan…dan artis lain belum lagi..dan dia patut berdoa untuk artis yang lain agar sama-sama dapat hidayah Allah juga.Apabila kita cari kesalahan orang lain..orang pasti akan cari kesalahan kita pula…kalau nak brdakwah pun gunalah kat-kata yang lebih baik.(Untuk bagi statement sebegitu dia tidak layak kerana dia pernah sebegitu dulu..lainlah kalau Dr fadzilah Kamsah yg bagi….dia lupa diri/lupa zaman silam dia..)

    • bujang3

      betul lah tu… masing-masing ada pendapat tersendiri… rasanya, terpulanglah kepada penilaian sendiri… apa pun… semoga kita juga mendapat hidayah daripadaNYA.. InsyaAllah!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s