Blog boleh jana pendapatan sampingan !!!

Sejak aku mula berinternet, aku ber”Facebook”… Lepas tu aku mula ber’blogging” pulak..akhirnya aku mula jatuh hati dan terpikat dengan aktiviti ber”blogging” nie…. Kenapa ??? Aku sendiri pun tak pasti sebabnya…..Masa tu (dua bulan yang lepas ler), boleh kata setiap hari aku bercerita (sampai sekarang pun) pasal aktiviti aku nie kat member-member di ofis….(aku tak tau le, diorang bosan tak ngan cerita aku).

blog boleh jadi punca pendapatan sampingan !!!!!

Sejak itu, baru aku tahu yang blog boleh jana pendapatan… terbaca pulak kisah seorang surirumah yang memperolehi pendapatan sehingga RM10,000.00 sebulan hasil dari blog yang pada mulanya sekadar suka-suka, sebagai diary peribadi sahaja… Teruja aku bila membacanya…Nak jadi macam tu ??? Pelan-pelan kayuh…!!! Antara nasihat dari blogger yang dah berjaya….Terima kasih atas sokongan semua….!!!

salah satu tapak untuk mencuba !!!!

Beberapa hari yang lepas, sewaktu makan tengahari…aku membelek-belek surat khabar Kosmo…ternampak artikel yang ditulis oleh saudara Khairul Anuar Abdul Rahman tentang blog jana pendapatan sampingan….Terkeluar nama saudara Rohaizad Jumat ~ nama yang biasa aku lihat dalam komen-komen blogger yang aku kenal… ramai antara blogger nie menganggap dia sebagai sifu….

Dan aku amat yakin yang saudara Rohaizad ni memang hebat…dia merupakan seorang blogger sepenuh masa dan juga telah mengadakan seminar-seminar asas blogging kepada umum. Banyaklah tips-tips dan ilmu yang diturunkan kepada peserta-peserta seminar yang dianjurkan beliau….Setakat ini, seminar yang beliau anjurkan bertempat di Johor Bahru dan sesiapa yang berminat bolehlah selalu layari laman www.seminarblogging.com untuk mendapatkan maklumat tentang seminar anjuran beliau dimasa akan datang…

Namun… buat masa ni aku masih lagi mencuba-cuba meng”explore” dunia blogging nie dan masih terlalu baru rasanya untuk aku, terus menceburi bidang nie secara serius….Tapi…tak mustahil sekiranya suatu hari nanti, aku akan mengikut jejak langkah kenalan blogger aku yang lain… AMIN !!! Moga dimakbulkan !!!

Apa-apa pun… buat masa ini, aku selesa dengan aktiviti blogging aku nie, walau pun belum menjanjikan sebarang pendapatan…. Masih kekal dengan niat asal…sekadar suka-suka, sambil menambah ilmu blogging dan kenalan!!!

p/s : berkawan biar beribu…. berkahwin biar satu (walaupun nama bujang3) !!!!

12 comments

    • bujang3

      minat tu memang ada…tapi baru belajar, masih banyak yang tak pandainyer… tak macam suri nie….agak-agak, dah ribu-ribu collect dari blog nie…ye tak???

  1. sangilapi

    memupuk minat dalam sesuatu bidang itu adalah yang terbaik,bujang🙂
    melakukan sesuatu kerana duit sebagai agenda utama boleh mengundang padah di kemudian hari….dibimbangi akan kecewa sekiranya hajat tidak tercapai.

    anggap sahaja perolehan pendapatan itu sebagai bonus- sekadar pendapat peribadi aku🙂

    • bujang3

      betul tu…aku setuju pendapat ko…. aku pun bukannya kejar duit dari blogging nie…. saja nak tambah kenalan dan berkongsi cerita (idea~kalau ada)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s