Hanya Kerana Amarah!!!!

arrgghhhh!!!! Tension nyer !!!!!

Setiap manusia dikurniakan perasaan, akal dan fikiran…. Dan, semestinya lah kita menggunakan kurniaan Tuhan itu untuk menafsir, dan membezakan antara baik buruknya sesuatu kejadian atau keadaan itu…. Namun, sebagai manusia, kita juga tidak lari dari merasa tertekan dan marah, walaupun ada pendapat mengatakan yang sifat amarah itu adalah sifat syaitan….

Memang… kesabaran itu sebahagian daripada iman… sebolehnya kita mempertahankan sifat sabar yang dituntut itu….tapi, siapalah kita, untuk menafikan perasaan amarah yang sering melanda ketenteraman jiwa dan fikiran …. Nak ditahan pun, perasaan itu tetap datang juga….kadang-kadang dah tak boleh dikawal lagi..lalu “meletup” lah, bagi melepaskan gelora dan gelombang kemarahan yang semakin membuak-buak dalam dada…

boleh "meletup" nie !!!!

Begitulah yang terjadi kepada isteriku, semalam….. !!!!

Setelah 11 hari melalui musim cuti sekolah pada kali ini, akhirnya isteriku dah tak tahan lagi dengan karenah anak-anak…. Tambahan dengan telatah dan ragam kembar aku (7 tahun). Hari-hari, bergaduh….tak boleh nak bertolak ansur langsung…ada saja yang tak puas hati, masing-masing…. Mula-mula main… last-last… bergaduh….!!! Bagi aku yang bekerja ni…kurang la sikit mengadap ragam depa….. Bagi isteri aku pulak ..!!! bayangkan la, kalau dah mengadap depa bergaduh hari-hari…mau tension dibuatnya….!!!

tahap kemarahan yang maksimum !!!!

Nak jadi cerita…petang semalam…. Kembar aku main air dalam bilik mandi…berkunci… seronok la depa main air (tak kesah sangat la)..tak lama pas tu, mula kedengaran depa bergaduh (ni yang tak bestnyer..!!)…. Jenuhla pulak, isteri aku memanggil depa supaya buka kunci bilik air tu dan berhenti bergaduh…. Sambil isteriku menjerit-jerit tu, kembar aku tak peduli…masih bergaduh…Dah tak tahan (meter kemarahan dah sampai tahap maksimum agaknya)… isteriku mula mengetuk-ngetuk pintu bilik air (pintu plastik)… entah macam mana…amarah punya hal…akhirnya pintu tu pecah, lalu terbuka… 

Bila aku pulang dari tempat kerja, basah kuyup sebab hujan (aku naik motor), nak mandi..tengok pintu bilik air pulak dah pecah…. Aku tanya apa hal…isteri mengaku dah ter”pecah”kan pintu tu..dia menceritakan apa yang berlaku… Jenuhla pulak isteri aku mendengar bebelan aku yang panjang lebar….

“Itu la…. Marah punya pasal, pintu pulak dah pecah…. Kan dah kena ganti…nak kena keluar duit lagi..!!!” 

Isteriku diam membisu ajer, bila bujang3 dah mula bercerita berleter dan membebel…….Sebelum aku balik tadi, isteri dah call, ajak gi Tesco, disebabkan hal pintu tu.., aku tak ada mood, akhirnya tak jadi le ke Tesco…maka…bertambah “muncung” la isteri aku…. 

p/s : bujang3 berleter dan membebel pun… sayang tetap sayang !!! Sapa tak sayang bini ooi!!!

16 comments

  1. Mr Bulat

    Hal anak – anak ne memang adakalnya merunsingkan kepala tapi ia adalah sebahagian daripada kesabaran kini ibu dan ayah

      • bujang3

        ye betul….anak ramai memang syok…. tapi …dalam masa depa nak membesar nie yang pening kepala sikit…macam-macam ragam… bila dah besar nanti, sorang-sorang berkahwin dan meninggalkan kita…masa tu, terasa sunyi la pulak…. macam yang terjadi kat mak bapak kita sekarang nie… sentiasa tertunggu-tunggu anak-anak balik….

  2. botak

    jgn lama2 sgt bro kalau nak mrh..
    kesian isteri..
    anak2 pun sama..
    nt diorag akan takut dgn ayah dia sendiri..
    buka apa, dah besar nt takut si ayah pulak yg kena marah dgn anak..
    mane laa tau kan..
    dia pulang balik ape yg kita pernah kasi kat dia

  3. suri Cahaya Cinta

    suri ttp sayang suami..hehhee..
    biasalah marah2 tu kan ada dlm ramuan dln khdupan berumahtangga..semua org akan..bakal mengalaminya..namun hanaya kesabarn shjalah yang hanya mmpu mjadi benteng kita utk terus kekal dan unggu bsma pasagan sehingga ke akhir hayat..

  4. sangilapi

    wahh…sepanjang aku baca blog ko ni bujang….banyak kali jugak ko kena keluar duit tak tentu pasal disebabkan masalah datang tanpa disangka-sangka🙂

    dulu kena beli monitor sekarang kena beli pintu :)….macam-macamlah ko bujang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s