Gula Dah Habis…!!!!

“Gula dah habis !!!”

“Seorang boleh beli sekilo ajer !!!”

“Stok tak sampai. cam ner nak jual bang !!!”

Di atas adalah antara jawapan yang diterima, bila ada yang bertanya tentang gula di kedai-kedai runcit di kawasan tempat tinggal aku, sejak akhir-akhir nie..

Mengikut kenyataan dari pihak yang berkenaan … “Bekalan gula mencukupi, rakyat tak perlu bimbang .!!! “

Terasa semacam terdapat percanggahan dengan keadaan yang sebenar. Macam mana nie… Rakyat yang akhirnya, terpaksa menanggung kesan (kesusahan) akibat dari masalah kekurangan gula yang nampaknya semakin serius sejak kebelakangan nie…. Mana pihak berkuasa yang memantau perkara ini..? Apa sudah jadi ? Apa ke “jadahnya”, sehingga perkara ini boleh berlaku ??? (Dah macam kat Edisi 7 la pulak)

Dalam dada-dada akhbar, peruncit melahirkan rasa tak puas hati tentang kemestian mendapatkan lesen untuk menjual barangan kawalan seperti gula, minyak masak dan tepung. Persatuan peruncit mengugut untuk tidak menjual barangan kawalan tersebut sekiranya pihak berkuasa masih bertegas tentang isu lesen berkenaan…

Ini sudah tentu akan memburukkan lagi masalah kekurangan gula yang di alami oleh rakyat… Nak cari di kedai runcit …. tak ada bekalan…!!! Nak cari di hypermarket pun, rak simpanan gula dah kosong…. tertampal pulak notis …

       “GULA HABIS..!!!”

Hari ni pulak, persatuan peruncit dengan tegas menyatakan pendirian mereka, dan bersepakat tidak akan menjual barangan kawalan di atas mulai dari 15 Jun 2010 ini… Antara rungutan mereka adalah isu keuntungan yang sedikit diperolehi dari jualan barangan kawalan itu….

Entah ler…. peniaga merungut, untung sikit sangat…habih tu…kita nie sebagai pengguna, tentu akan merungut kerana harga barangan semakin naik… Pening….Pening!!!! Masalahnya sekarang, aku nak cari (beli) gula kat mana…tak kan pasal diorang bergaduh kat atas tu, kita pulak yang kena minum air kosong jer…

Memang bagus, kurangkan gula…tapi tak kan sampai tak ada langsung…mustahil tu….!!! 

APA SUDAH JADI….

BILA MAU SELESAI ISU KEKURANGAN GULA NIE…

SELALU SANGAT ADA ISU SOROK GULA…. RAKYAT YANG SUSAH…. SUDAH-SUDAH LA TU…!!!

p/s : Kat tempat korang, tak ada masalah ker ???

14 comments

  1. adamfaiz

    Aku geng dengan abang mini market depan ni…orang lain dapat sebungkus, aku bole beli sampai 3 bungkus..sib baik..tapi still kena jaga kesihatan..kurangkan gula..

  2. Mr Bulat

    Rumah kami tak de masalah gula sebab nak abih 1 kilo pun ambik masa sampai berbulan – bulan lama nye……………

  3. bujang3

    suri : “suka geng upin dan ipin”

    anak-anak aku pun suka gak…. kalau tengok hari hari pun tak apa…. aku la yang bosan….. bukan tak suka, tapi kalau dah hari hari, bayangkan lah…!!!

  4. sangilapi

    ooo…diorang ni main gertak-gertak,nak main ugut-ugut ye !
    bayangkanlah kalau seluruh pengguna memboikot gula ni….baru diaorang tahu !

    *aku membesar dengan gula tebu/gula merah*

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s