Lega hanya seketika !!!!!

JUMAAT ~ 4 JUN 2010

Cuti lagi…!!! Hari ni, agendanya, nak pergi ke Kg Gajah, ambik anak aku balik bercuti… sekolah dah mula cuti 2 minggu…. Aktiviti cuti aku dimulakan lambat sikit…biasa la, kalau dah cuti tu… bangun pun lambat la sikit…. bermalas-malas…

Lepas jer sarapan (teh kosong jer), pergi ke Tesco Extra ngan isteri aku… dia nak beli barang….aku tolong bawak jer…. bukan susah pun….. dah selesai tu, teringat pulak, monitor aku dah rosak….ajak isteri gi PC Depot, tengok-tengok monitor, kalau ada yang murah…..!!! (tapi, dalam zaman sekarang nie, masih ada ke istilah murah tu…??) 

“Perghhh!!! Mahalnya”, begitulah yang terkeluar dari mulut aku, walaupun tak didengari oleh jurujual kat PC Depot tu… 14 inci aje dah RM280-00… keciknyer…. yang besar ada…tapi kalau dah sampai RM6-7 RATUS, baik dilupakan aje la niat tu….tak mampu..!!!

Pergi pulak kedai sebelah…lagi mahal….. akhirnya teringat kedai komputer HP kat Bercham… dalam perjalanan ke kedai HP tu, ternampak pulak satu kedai ni… DELL, saja singgah… tengok ada satu monitor lama…RM180-00, tapi tak berkenan pulak… dah macam tv lama… mana ada style nak pakai monitor cam tu, walau pun dah “tue”, tapi jiwa masih muda beb….!!! Entah cam na, ringan pulak mulut nie bertanya,

“Kalau monitor, berkelip-kelip, tapi tak menyala… kenapa yea!!!”

“Ooo, itu macam, bukan monitor punya ploblem… mungkin dia punya, glafik kad sudah losak ke, tapi kena angkat mali itu CPU, mau kasi cek dulu…” begitulah jawapan dari engineer Dell yang ada kat situ… dalam hati aku berkata, “Nasib baik tak beli monitor lagi

Aku balik ambik CPU, dia dah check, sambung ngan monitor dia…menyala la pulak…so, dia kata grafik kad tak rosak…. mungkin kabel aje…. katanya le!!!!… betul ke ??? kalau betul.. kabel cuma RM25-00 aje… LEGA!!!!!

Dah dengar murah tu, aku suruh dia format sekali, sebab hari tu Windows Genuine dah detact XP pirate aku… kena la RM70-00.. memang rasa begitu LEGA, nasib baik tak terus beli monitor…..tapi dia kata siap petang nanti, bawa sekali monitor lama ngan kabelnya sekali, dia nak test…manalah tahu….!!

Dah hantar CPU tu, aku terus ke Kg Gajah…dalam perjalanan balik…kedai komputer dah call… dah siap format…boleh ambik… katanya… sampai rumah, ambil monitor lama, terus gi kedai….. Kat kedai, try sambung CPU ngan monitor, masih tak menyala… try tukar kabel pun tak boleh…

“You punya monitor losak la… you tengok sudah tly macam-macam pun tak boleh….”

“Macam mana boleh jadi cam nie, kena virus ke…”,

aku mula bertanya…. frust… rupanya lega hanya seketika !!!

Macam-macam la yang dia explain, tapi aku dah tak berapa dengar dah… fikiran melayang… asyik terfikir RM je…. Masa ni, mula terkenang…

Gaji oh Gaji, bila mau naik…!!”

Fikir punya fikir…aku ambik jugak monitor Dell kat kedai dia… tak ada yang murah lagi kecuali monitor yang macam tv tadi (tak berkenan)… akhirnya aku ambik yang paling murah selepas monitor tv tu…RM350-00. Rabak lagi la poket aku….

Uuwwwaaa.!!!!!”

Monitor Baru : DELL

harap-harap dia tak meragam le...

ok tak????

badan HP, kepala DELL..!!!

p/s : Desktop “tersenyum riang”, dah boleh kembali beroperasi…!!!

18 comments

  1. sangilapi

    bujang3,tak payah nak tunggu gaji naik,ko pegi je seminar ijad tu,boleh buat tambah-tambah pendapatan🙂

    IT corner ko tu dah mantap ! dah boleh berblogging secara serius – cadangan aku,kasi tukar kerusi tu[yang boleh bersandar dan letak tangan tu]

    tingkap tu apasal tutup dengan langsir…hahaha[takut nampak sesuatu yang menyeramkan ke?]

    • bujang3

      sangilapi : entah ler…. belum ada ke”konfidenan” lagi nak pegi seminar bro Ijad tu…dengar citer, semua yg pegi tu hebat-hebat…aku ni belum rasa hebat lagi….he.he.he!!!

      Ye ker IT corner aku dah mantap??? sesuai le untuk ber”blogging”….sekadar suka-suka je buat masa nie… nak cari kerusi yg boleh letak tangan, siap ngan tempat letak gelas air sekali…. ha.ha.haa!!!

      Tingkap kena tutup… risau dapat pengalaman cam ko dulu….

  2. Mr Bulat

    Wah wah wah………………..
    Gaji akan naik menjelang…………………….
    nantikan pengumumanya pada……………….
    dari Penyimpan Moho Besar Raja – Raja

    • bujang3

      biase jer… mungkin kebetulan… kitorang deco tak ikut tema pun …belasah jer…!!! ikut “poket” jer…kalau ada ketika “kembung”, lain la cara deco nyer…. kah.kah.kahhh!!!

  3. bujang3

    ala…suri, jangan la jadi kasim selamat lak…kesian bangla tu nanti, balik negeri dia, mak bapak dah tak kenal… dah tinggal satu mata…!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s