Panik sekejap !!!!!

Hari ni cadangnya tak nak post entri baru…. nak lawat blog kawan-kawan jer…. begitulah mulanya niat dihati…. Tapi…mula-mula…aku log in blog aku dulu…nak reply komen-komen yang masuk…. dah baca komen…(senyum sendiri)…pikir pulak, apa ayat power yang boleh digunakan untuk balas komen-komen dari member…dalam aku belek-belek komen yang ada… ternampak pulak pengunjung baru yang beri komen…. Terima kasih Suri kerana sudi singgah…..

Dah selesai reply semua komen tu… aku mula menjelajah ke setiap satu blog yang terdapat dalam blogroll aku… setiap hari aku mesti lawat  blog Mr.Z, Botak, Bro Joe, Boss, Arzone_71,AdamFaiz…. semua blog tu mesti lawat…wajib bagi aku….terbaru, blog Suri…. sambil-sambil tu…aku tinggal-tinggalkan komen aku yang “bernas” (puji diri sendiri la)  kat blog-blog tadi….

Nak jadi cerita…lepas jer aku selesai lawat blog Suri, aku nak masuk la blog lain pulak…. tak semena-mena…aku punya windows internet security dah detect virus pulak… ada 9 semuanya… dalam Shared Document ada 5, dalam  My Document ada 4…. Korang tau tak….ini first time aku encounter virus attack nie… sepanjang penglibatan aku dalam dunia internet nie (baru dalam dua bulan jer), tak pernah lagi aku kena cam nie…. tengok virus pun tak pernah…. Panik sekejap..!!!! 

Apa nak buat nie…!!! Mengelabah aku dibuatnyer….!!!! Windows terus keluar pop-up, virus attack….

YOUR COMPUTER IS INFECTED…

Agaknye…kalau terjadi kat korang…nak buat apa yer…. masa tu internet connection masih on….aku try click kat windows punya recommendation to remove virus tu…. system suruh install Security Master AV pulak…..apa menatangnye tu…. aku yang kebingungan, keseorangan tanpa panduan dan pengetahuan tentang virus ni, nekad pangkah internet explorer, pas tu disconnect dari internet…Dah disconnect tu, aku terus buka aku punya anti virus AVIRA (free punya)… scan….. lama gak lah…. pastu system minta restart computer… aku ikut jer, sambil berdoa supaya komputer aku selamat…..

AMIN !!!!!!!

Dah selesai aktiviti scan dan quarantine 9 virus durjana tadi…aku try connect to internet…. buat masa nie…tak ada masalah la….aku dah scan sekali lagi tadi…. dah tak jumpa dah virus yang melekat kat dalam laptop nie…mungkinkah aku dah berjaya “membunuh” semua virus-virus yang kejam tu… harap-harap begitulah…!!!

Apa-apa pun…dengan pengalaman aku yang pertama menghadapi situasi cam ni….

PANIK LA SEKEJAP !!!!!!! Maklum le…. Notebook baru….!!!! Tengah sayang giler lagi…..Kalau dah lama sikit, tak tau lerrrr…

p/s: Kesian Desktop….. dah bermadu la pulak ngan Notebook nie…

18 comments

  1. suri cahaya cinta

    salam..
    jap first suka tgok pic tu.pic tu masa zamn kecik2 ko? comelo..hhuu..

    Allah..sabarlah mungk ada yang tak kena tu.maaf sb suri pun mmg kurang tahu akan hal ni..trylah bertanya pada yang pakar it mungkin mrka akan dpt mmbantu bujang. Insyallah🙂

    suri pun masih baru lagi di maya& masih bayk lagi perkara yang perlu dipelajari.baru merangkak lagi di kawan huuhu..nanti nak masuk program tunjuk ajarkanku blogger palk..kiki🙂

  2. adamfaiz

    Biasa la mate..virus dan internet tidak boleh dipisahkan..pastikan ada antivirus dan selalu update…install juga anti spyware dan adware..yang free pun ade..

    • bujang3

      antivirus tu ada… selalu update? biasenye lupa… anti spyware dan adware tu apa plak…?? aku bukan tau sangat… selalu pakai komputer jer, benda-benda tu tak pandai…

    • bujang3

      laa… apasal pulak tak kenal…. regular kat sini..mesti la kenal…cuma nama jer dah berubah…. sorry le…semalam letih…tak online…tidur awal…tu yang lambat balas komen tu…

  3. botak

    1) hoo selalu2 lah datang ke blog cahaya cinta kak suri tu..seronok baca cerita dia..kira antara hiburan internet jugaklah..hehe
    2) thanks hari2 singgah rozaidi.net..terharu ni..sbbkita pun org baru kat dunia ni..
    3) kalau nk pakai antivirus yg power, cuba pakai bit defender..hehe tp kena bayar laa..
    4) nanti desktop tu, boleh bikin2 lagi tu..tukar processor, tkr motherbord, tmbh ram, graphic card, tinggalkan power supply and casing je..hehe best gila pakai desktop!

    • bujang3

      alamakkk!!! dah komen pakai nombor la pulak… cam na nak jawab ni…… memang aku selalu gak masuk blog suri tu, tapi kadang-kadang tak tinggalkan komen… jadi silent reader jer… blog brader joe tukang kasut pun syok gak…cam novel…. buat masa nie pakai AVIRA jer…. sesungguhnya memang pakai desktop lagi selesa…. cam aku kata dulu… saja nak ikut trend….(walau pun dah “tue”)…kih.kih.kihhhh!!!

  4. sangilapi

    hahaha…ko punya nasib serupa dengan nasib aku baru-baru ni,blurrr !
    walaupun pengunjung-pengunjung blog aku ada bagi tau akan masalah itu namun aku cuma mampu baikpulih kasut je….bab IT ni manalah aku tau .

    akhirnya sufian.info menghulurkan pertolongan melalui email🙂 settle masalah aku !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s