Gempakkkk!!!!

“Eeeiiii!!! ada ular la….. gelinyerrr….. takutnyeerr….Cepat-cepat…!! kat belakang nieee!!”

Begitulah jerit kecil amoi kat ofis aku bila terserempak ngan seekor ular tedung semasa dia nak ke toilet selepas waktu makan tengahari tadi…. Memang gempakkkkk….!!! Ada ular la pulak dalam ofis nie… mana pulak datangnye….

Aku ngan seorang kawan yang kebetulan ada kat situ pun, tunjuk macho la…. pergi la tengok-tengokkan sang ular tu…. alaa…. kecik jer…..(dalam hati). Kawan aku tu, ambil kotak lalu dilemparkannya ke arah ular itu…. Ular tu melawan… kepalanya mula kembang dan ia mula berdesir… cuak jugak aku melihat keadaan ular tedung yang sedang marah tu…Kalau la di patuknya…. tak dapat aku bayangkan… kecil-kecil pun tetap ular tedung…berbisa tu…

Second boss aku, menghubungi bomba..(dah tak tau nak buat apa), minta bantuan untuk menangkap dan membuang ular tu… tak lama kemudian 3 orang anggota bomba datang untuk memberi bantuan… waktu itu pelanggan tengah ramai…kecoh la kejap, bila depa tengok kedatangan anggota bomba tu…ramai yang bertanya , “Apa halnya nie… kenapa bomba datang?”

Bertubi-tubi pertanyaan dari pelanggan… masing-masing melahirkan perasaan ingin tahu…”Ada ular tedung.”, ringkas jawapan dari rakan sekerja aku… dah macam pasar le jadinya kat ofis aku tu…Cari punya cari…anggota bomba itu gagal menemui ular tadi…mereka pulang dengan tangan kosong…tapi sempat memberi cadangan sebelum meninggalkan ofis aku…. “Kalau jumpa, kuis jer ngan kayu, dia akan lari punya…tak pe…!!” Dalam hati aku tertanya…”siapa yang berani!!!“.

Bila anggota bomba tu dah balik… keadaan kembali tenang…. tapi masing-masing masih takut-takut untuk ke toilet…mana tau, ular tu masih ada… tak lama pas tu…kawan aku tadi cuba mengintai di sebalik timbunan kertas kat bilik generator.. jeng !! jeng !! jeng !!!

Memang dia datang balik… ular tu muncul dari bawah pintu belakang…. Suasana ??? Kembali kecoh le… ada pulak yang berani pergi dekat, nak tengok… Aku ?? Melihat dari jauh aje ler… Kali ini ular tu akhirnya berhenti kat water dispenser berdekatan ngan bilik generator… dah pasti yang ular tu tak ke mana-man, second boss ku, sekali lagi menghubungi bomba… kali ni, 2 anggota datang… akhirnya tertangkap jugak ular tedung berbisa tu…

Sambil tersengih, anggota bomba tu berkata , “kecik jer, ingatkan besar la tadi…“. Selamba jer depa… Yang kitorang nie, menggelabah la, maklum la tak biasa ngan situasi cam tu….

Apa-apa pun…. PANIK LA SEKEJAP !!!! GEMPAK JUGAK LA !!!!!

14 comments

  1. Mr Bulat

    Orang kata kalau ular masuk umah atau tempat kita cari rezeki kita akan ditambahkan rezeki yang tidak tahu datangnya. Moga ular tu muncul pada petang Jumaat mungkin lepas ne gaji mungkin naik. Kita nantikan khabar berita tak lama lagi. OK bro…………..

  2. sangilapi

    bujang3….ular jenis tu boleh menerbangkan diri untuk menyerang musuhnya ! jarak yang dia boleh terbang tu dua kali ganda ukuran panjangnya-kalau tak silap aku lah.

    macam ni opis kena standby sebatang buluh,semua jenis ular ‘badi’ dengan buluh ni :)….biasanya kalau terjumpa ular,mesti ada pasangannya…..jadi awas ! sebab yang ditangkap tu cuma sekor je.

  3. suri cahaya cinta

    hehehe..kelakar juga pun ada.tapi tulagh kecik2 tpi mash bahaya jugaka. klu kena skli patauh kes malanglah namanyer..hdup atai mati hayan Tuhan jelah yang tahu..huuhuuhu..

    nampaknyer pjbt tu kena di bershkan semula..tu sb di suka lepak sambil megacah-acah kat balik pintu tu…hehhe..

    haha..tak pun mungkin sebab kawasan opis en bujang tu ber status lembab kot..kiki🙂

  4. bujang3

    kalau diingat-ingat semula, memang kelakar…. kelakar tengok gelagat amoi tu yang nampak diraut wajahnya penuh ngan ketakutan….. pejabat tu tak lembab, tapi kat toilet yang lembab…kah.kah.kahhhh!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s