Monitor Desktop Dah Merajuk !!!

Pernah tak orang berkata kat korang cam nie…

“eh…jangan cakap pasal nak tukar kereta kat depan kereta aku nieee…nanti dia merajuk..!!”

Itu pasal kereta….terjadi kat aku, pasal komputer…. Dah lama aku berkata-kata nak beli laptop a.k.a. notebook….kadang-kadang kat depan desktop aku…ops!! tak sengaja….!!!

Seperti yang aku telah ceritakan dalam entri aku terdahulu… Khamis 27 May 2010 hari tu, aku dah “tangkap” satu notebook, brand HP CQ42…. dah siap bawa balik…. aku asyik layan notebook tu jer…benda baru… mestilah excited….terlupa sekejap pasal desktop….

Malam tu aku nak on la desktop aku tu…tup-tup !! monitor dia dah tak menyala la pulak…. lampu “indicator” dia asyik berkelip-kelip aje ..macam orang tak cukup tidur…. Ah!!! Sudahhhh!!! buat hal la pulak… kenapa nie??? merajuk kerr??!!! Jangan lah merajuk…!!! poket aku dah rabak nie… mana nak cari lagi…. nak kena tukar monitor pulak… feningggggg!!!

“Bawak bersabar, mungkin dia nak acah-acah aku la kot… nak bergurau…..”, pujuk hati aku yang dah gundah gulana dan berdebar nie…. Tapi…. dia bukan acah-acah, ini bukan cobaan… itu betul-betuulll!!!!!

Nak buat camna..memang selalu terjadi kat aku…. tak boleh tengok ada duit sikit, ada jer benda-benda yang datang menguji kesabaran dengan membawa berbagai “cobaan” (bak kata pendekar bujang lapok).

Sudahnya…monitor tu langsung tak menyala…terpaksalah pulak cari monitor baru….

DUIT LAGI….

p/s : Cerita pasal duit nie memang sampai bila-bila pun tak habis…baik aku tenang-tenangkan fikiran, layan mimpi lagi baik….. aku tidur dulu…chowww!!!!!

18 comments

  1. sangilapi

    alamak,bujang3…teruji lagi dengan dugaan !

    “you become what you think”

    masalah laptop macam mana dah selesai ke ? nak upload gambar masih tak boleh ke ? entry ni tak de gambar,mungkin masih bermasalah.

    harap bersabar🙂

    • bujang3

      masalah laptop yang lain dah selesai…cuma tak boleh upload aje lagi…. tak pe lah…aku draft aje kat laptop, pas tu upload kat pc (desktop)..tapi kena tunggu dana dulu, nak beli monitor baru…heeee.heee.hee

    • bujang3

      salam…. rasanya dah tak sempat tunggu pc fair…baru jer lepas… nak tunggu lagi, lama lah jawapnya…. hati tak senang kalau tak boleh on desktop nie…. nak kena beli cepat…. sehari tak on desktop…rasa macam sebulan tak jumpa isteri… he.he.heeee…

  2. botak

    hehe sedih jugak cerita bro ni..
    jgn pinjam kat ah long sudah la ye bro..
    bahaya..
    buat personal loan kat bank pun jgn..
    asb loan je boleh..
    hehe

    • bujang3

      sedih…memang sedih…..!!! uuwaaaaa!!! Nak pinjam kat along ..takut… nak pinjam kat bank…dah tak boleh kot..bank pun dah tak caya dah… pinjam kat ko je la botak…..boleh kan….? Kan? kan?…

      • suri cahaya cinta

        wa..kiki..kamu buat ku tergelak jerk..simpanlah duti cikit2 lama2 banyak le..😉 tapi kena mulakan dari skrg le..klo mula dri mmpi (simpam duit) gamaknyer tak der lah..hu..waaaa..

      • botak

        haha ade ke nk pinjam duit student..
        kita ni dah la pakai ptptn..
        lepas byr yuran tu, ntah ckup ntah tidak buat belanja 1 sem..
        ape lagi bro, jom la kita meniaga emas..hehe

        • bujang3

          jangan sangka student sekarang nie tak berduit…. banyak duit ooo… duit PTPTN lagi, duit meniaga emas lagi…. lagi pun, sekarang nie ramai student yang pandai cari duit…. tak gitu..!!!

  3. Rizal

    Monitor pun harga sekarang boleh tahan jugak macam beli hp baru ooooo

    Apa pun cadangan untuk beli monitor baru kena ada tempoh bertenang selama 48 jam lagi

    Waaahhhhhhhhhh nak terkena lagi……………………………

  4. Mr.Z

    dugaan2..
    haha…biasa la macam aku dulu..
    daha da laptop, desktop tinggal..
    last2 member lak nak pinjam desktop aku jawabnye..sian terbiar. hehe

  5. arzone71

    Kalau nak cari ganti ce tgk dlm Mudah.com..rasanya ari tu ada terjumpa iklan 2nd hand monitor RM50..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s