Korang Takut Tak !!!!???

Ceritanya bermula begini…..

Sabtu 22-05-2010, aku balik kampung (rumah mak aku) kat Gopeng… dekat jer dari rumah aku (Ipoh) ….. Lama dah tak balik…kebetulan pulak mak aku tak berapa sihat..!!! Esok pulak, cadangnye nak gi tengok anak aku kat asrama (SARJANA ~ Kg Gajah).. sejak 2 minggu yang lepas…dia langsung tak contact…. risau gak… apa cer…?? tak ada duit ke??? Agak-agaknya, cam tu le dulu perasaan mak-bapak aku masa aku kat asrama (MELAKA)…. lagi jauh…nak melawat pun susah… Nak ber”talipon” ni kira susah le, sebab masa tu talipon pun tak ada kat rumah…

Masa bersantai… bersembang-sembang, terbuka la cerita ni…. Adik ipar aku kerja kat KTM Kampar…. dia tinggal di quarters …. baru-baru ni dia dapat tukar ke KTM Batu Gajah… Quarters kat sana lagi cantik…. quarters baru la katakan…. Masa depa dekat-dekat nak pindah ari tu (masa tu masih kat quarters Kampar)… adik aku kata, waktu bangun pagi, dia ternampak titisan darah dari pintu depan, sehinggalah ke dapur rumah dia… dia tak la fikir apa-apa… terus je lap kesan darah tu…tak bercerita kat orang pun… diam jer…

Esok pun sama gak… ada lagi titisan darah tu… kali ni kat dalam sinki pun ada… Adik aku tu dah mula rasa lain macam… mula bercerita ngan mak aku, kakak dia (jugak adik aku), tapi tak bercerita pun kat aku… Disebabkan kejadian tu, suami dia cuba mempercepatkan proses untuk mendapatkan quarters baru kat Batu Gajah tu… Alhamdulillah… dapat le cepat sikit….

Se-elok saja confirm pindah…. esoknya, jiran sebelah dia dah pindah dulu…selidik punya selidik… rupa-rupanya jiran dia dah pindah tengah malam semalam jugak… Jadi cam tu sebab, malam semalam tu, anak dia ternampak seorang perempuan berambut panjang kat luar rumah… dia sangka mak dia.. terus tegur… bila perempuan tu menoleh…!!! cuba bayangkan!!! Anak jiran tu kata muka dia terlalu hodoh… dia terus cerita kat mak dia sambil ketakutan…malam tu jugak cari lori dan pindah….

Nasib baik adik aku dah nak pindah pagi tu.. kalau tak…tak tahu la cam ne perasaan dia, kena tidur lagi kat kawasan tu…Setakat yang aku tahu…sekarang ni, semua yang duduk kat situ dah berpindah…. 

Kalau jadi kat korang cam na..?? Korang takut tak…!!! Sewaktu aku menulis kisah ni, jam dah pukul 12.30 pagi…. sorang-sorang kat dalam bilik…. tingkap terbuka, sebab malam terlalu panas…. Seram gak….!! tegak la segala bulu yang ada…. maklum aje la..sambil bercerita ni, fikiran tu terbayang gak benda yang bukan-bukan…!!!!

Kedudukan komputer aku... dekat tingkap..!!!

Ini le tingkapnye....!!!

Gambaran sebenar tempat aku layan aktiviti blogging aku....

Punya la cabaran nak menyiapkan cerita ni…. line slow la… tiba-tiba jammed la….. heran aku… apa dah jadi ni… suspen gak…. tambahan pulak habis up-load gambar, jam dah pukul 1.45 pagi… Tak boleh aku bayangkan, kalau sementara up-load gambar tu, tiba-tiba keluar gambar lain pulak kat screen tu…….Tak boleh jadi ni…tutup tingkap..!!!

TV kat Malaysia ni pun satu…sejak akhir-akhir ni, asyik sangat tayang cerita yang bukan-bukan… Aku memang tak berapa gemarkan cerita-cerita cam tu… tak ada elemen artistik langsung…. buat budak-budak takut je…. hee..hee.hee… termasuk le aku…!!!

Udah le tu…hari pun dah terlalu larut, esok nak kerja…lain la macam fulltime blogger…tak kesah le, betul tak???!!!

Wassalam..!!!

12 comments

  1. Mr.Z

    kalau la tengah buat entri ni, tetiba ada kepala tengok bro dari tepi tingkap tu. hehehe.. terus tak buat entri ni kut..

  2. botak

    itu bilik tu kat ground floor atau kat tingkat atas??
    hehe mcm mana kalau kat tingkat atas tapi ade org jalan kat tepi tu???
    hohohohohohoh..
    takut~

  3. sangilapi

    hehehe….nak share cerita pasal tingkap,dulu masa belajar duduk hostel,cermin jenis gelap jadi boleh buat cermin muka.

    malam tu,saje je belek rambut kat cermin tingkap tu….belek punya belek baru perasan ‘kepala’ aku dalam cermin tu tak bergerak-gerak walaupun sedang digoyang-goyangkan…

    rupa-rupanya aku sedang direnung oleh ‘seseorang’ dari luar sana mujurlah imej tu tak berapa jelas….esok bangun terus demam ! demam terkejut🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s