Menjana Pendapatan Melalui e-book…!!!

Dalam aku mencari-cari tips untuk menambah pendapatan melalui blog @ internet (sekadar menambah pengetahuan), aku terjumpa banyak e-book untuk dijual…. Setiap e-book menjamin bahawa setiap pembeli akan dapat menjana pendapatan yang lumayan sekiranya mengikut petua dan panduan yang terdapat dalam e-book itu.

Penerangan panjang lebar, yang sedikit sebanyak mengelirukan mengenai e-book itu, akhirnya mempengaruhi keinginan pembaca yang sedang giat menimba ilmu dari internet, untuk membeli dan memperolehinya. Siap dengan jaminan pulangan wang dalam masa 30 hari…!!! Ini, tentu menambahkan lagi keyakinan pembaca untuk membelinya…..Walau pun sebenarnya mereka masih “blur” tentang isi kandungan e-book tersebut….

Tapi setelah aku terbaca tips dari Boss @ hujanbatu.com, aku jadi confused…. kurang yakin dan sangsi dengan keikhlasan sesetengah orang yang menjual e-book ini… Susah untuk dipastikan keberkesanan e-book itu sendiri… Bagi orang baru seperti aku, tentu tak dapat membezakan, e-book mana yang bagus untuk dijadikan panduan….

Setakat ini, aku lebih bergantung kepada tips-tips dari rakan-rakan blogger yang telah berjaya… Antaranya AdamFaiz, Boss @ hujanbatu.com, botak @ Rozaidi.net, Mr.Z @ akupenglipurlara.com dan ramai lagi….. aku lebih yakin dengan nasihat dan tips dari mereka dibandingkan dengan e-book yang banyak terdapat dalam pasaran internet sekarang nie ….

Langkah terbaik dalam pencarian ilmu blogging @ internet nie (pada pendapat aku le) adalah dengan menambah kenalan melalui aktiviti blogging…. Jangan sombong dan malu bertanya…ramai antara blogger berpengalaman ni, ikhlas membantu dan tak “lokek” ilmu…. Tips dan nasihat dah dapat, cuma kena la rajin-rajin membaca dan buat kajian dari blog-blog yang dah berjaya dan mempunyai ramai pelawat… Banyak idea-idea yang menarik yang boleh dijadikan panduan dan pedoman…. Tapi… jangan ciplak sudah la…

Apa-apa pun, kalau nak pandai @ berjaya, kenalah berusaha… tak boleh duduk diam aje sambil berharap ilmu turun dari langit…

“Nak seribu daya… tak nak seribu dalih”

“Biar ramai kawan…. jangan ramai lawan”

“Berkawan biar beribu, BERKAHWIN biar SATU” (ehh!!! ada kena mengena ke???)

 

10 comments

  1. botak

    hehe tak sangka namaku ade di mention di atas sana..
    padahal baru sebulan lebih berbloging ni..
    rase mcm dah jadi otai pulak..
    hehe thanks bro!

    • bujang3

      ye ke baru sebulan lebih..cam tak caye jer…!!! Cam dah expert…. walau cam ne pun…aku tetap respect sama kau… caya le bro…!!!!

  2. adamfaiz

    Aku belum berjaya lagi bro…terima kasih sebab mention..Masih banyak yang nak kena belajar. Tapi aku dah 2-3 kali gak terkena dengan produk Internet dari Malaysia yang banyak hype nih…berhati-hati lah..bukan semua orang ikhlas dalam kerja…Boleh belajar dengan Boss, Cyza, Denaihati, Nuaeman, Kujie, dan ramai lagi yang telah berjaya nih…

    • bujang3

      ye ke… nama-nama tu memang dalam perhatian aku pun… cuma..kadang-kadang tak cukup masa nak jelajah semua blog tu… walau cam na pun, pada aku kau dah lebih advance dari aku…so…aku anggap dah berjaya dan boleh jadi sifu aku le… Tq..kau banyak membantu..

    • bujang3

      Terima kasih kerana mendoakan…. memang tengah mencari ilmu tu, tapi buat masa ni belum le terniat nak buat duit lagi… kena banyak belajar dulu, lain kali kalau dah yakin sikit barulah cuba-cuba…!!!

  3. sangilapi

    salam ziarah bujang3,

    berhati-hatilah dalam memilih/membeli produk semasa melayari internet.

    sekadar pandangan dari aku yang jugak masih baru dalam dunia blogging…kalau benar-benar berhajat buat duit dalam dunia blogging silalah pergi ke seminar rohaizad(sifu boss dan sifu aku).

    jaminan dari aku,kalau bro tak boleh buat duit setelah menghadiri seminar sifu ijad…bro boleh tuntut yuran seminar dari aku(ini bukan bergurau)…..khas untuk bro sorang !🙂

    *seminar sifu ijad berpijak di bumi nyata*

    • bujang3

      terima kasih atas nasihat tu… apa yang aku perasan bila baca blog ko…aku rasa kita ni campur/tolak, sama umur le…!!! apa pun … buat masa nie…tujuan aku ber”blog” nie hanya suka-suka…nak tambah kenalan yang sama minat nak berblogging nie… aku ada gak terbaca pasal sifu rohaizad tu…. memang aku tau..ramai yang dah berjaya sejak joint seminar sifu ijad tu….dan terima kasih sekali lagi pasal ko punya money back guarantee tu…. tapi buat masa nie, belum yakin lagi le… bukan tentang keberkesanan seminar tu….tapi tentang kemampuan aku sendiri… InsyaAllah kalau dah dapat keyakinan diri tu aku akan sign seminar bro ijad tu…tapi, bile tak tau le….. hee.heee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s