Perjumpaan dengan sahabat lama (MRSM)…

Hari Ahad, selepas menonton siaran langsung akhir Piala Thomas, aku mandi… kepanasan !!!! Panas sebab Malaysia tak dapat melayakkan diri ke peringkat akhir, juga kepanasan kerana keadaan cuaca… Selepas mandi aku berehat.. Anak-anak keluar bermain… isteri ? Macam biasa la… rutin kat kejiranan ini… setiap petang isteri-isteri berkumpul di rumah jiran, lepak…sembang petang.!!!!

Tak lama lepas tu, hujan turun.. pun tak dapat meredakan kepanasan hari ini…. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan bunyi handphone aku… message dari seorang sahabat lama dari MRSM Tdk (Saudara Jamalul Hisham)… Dia menginap di salah sebuah hotel di bandaraya Ipoh ni… Mengajak berjumpa sekiranya aku kelapangan.. 

Seronok gak dapat berjumpa setelah 23 tahun tak bertemu…. Hari masih hujan ketika aku keluar rumah sekitar jam 9.30 malam. Aku mengambilnya di hadapan hotel dan kami menuju ke salah sebuah kedai mamak kat Ipoh ni… Pekena teh tarik sambil sembang-sembang mengenang kisah sewaktu di MRSM dulu…. Bercerita tentang perkembangan terbaru sahabat-sahabat dari MRSM Tdk yang seangkatan dengan aku.

Banyaklah cerita-cerita tentang sahabat yang lain aku dengar dari Jamalul. Ramai yang telah berjaya dalam bidang masing-masing.. gembira mendengarnya… ramai yang dah jadi doktorbanker pun ramai gak…. ada yang jadi tokey , bebas… tak perlu terkongkong dengan jadual waktu bekerja… Sdr Jamalul salah seorang daripadanya…. ada juga yang aku dapat tahu bekerja satu company dengan aku… Tapi tak pernah berjumpa pun…. diorang kat KL, aku kat Sg Siput… cam na nak jumpa…. ye tak???

Baik punya bercerita, tak sedar jam dah pukul 12.20 malam… akhirnya kami angkat kaki… Sepatutnya akulah yang bayar, kerana dia datang ke tempat aku… tapi tak sempat… dia yang bayar dulu… Terima kasih Jamalul… Lain kali datang, biar aku yang bayar pulak, ok….

Aku hantar Jamalul ke hotel penginapannya, lepas tu aku menyusuri jalan pulang ke rumah… Sampai rumah lebih kurang pukul 12.40… aku on komputer….. terus menulis kat blog ni… Bukan apa… excited dapat jumpa sahabat lama… entah bila akan berjumpa lagi pun tak tahulah….

Wassalam!!!

 

4 comments

  1. Rizal

    Abg amran juga berjaya dalam bidang bank

    Dan kini akan berjaya dalam bidang PERTANIAN pulak

    Semoga succes!!!

    • bujang3

      Memang dah 23 thn tak jumpe…. umur?? segan lak nak gi tau… maklum le…dah tue-tue ni baru nak belajar bab-bab IT ni….Ha’ah, memang MRSM Terendak, Melaka..ngape…pernah belajar kat sana ke..????

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s