23 tahun sudah berlalu…!!!!

Azmi, Azuar, Azli Jamil

Sebenarnya dah lama teringin nak cari maklumat @ gambar kawan-kawan dari zaman sekolah dulu, tapi masa tu aku belum melanggan broadband. Lagi pun aku tak berapa kesah sangat dengan benda-benda berkaitan dengan IT ni… sehingga lah aku dah mula berjinak-jinak dengan Facebook… masa tu baru aku mula mencari-cari info tentang mereka ..dengan bantuan jugak… Azmi banyak info…Terima kasih banyak-banyak….

Acid, Minah & ZZ Top

Sejak aku keluar dari sekolah dulu, seingat aku la…aku pernah jumpa Azli Jamil, Azmi, Azizi (Draco), rase nye kitorang pergi ke Banding masa tu… Tun Kamsiah ( kat hospital Ipoh ~ mungkin dia tak cam aku ), Nurul Rashidi ( pun kat hospital Ipoh ), Mantoya ( sekali ngan aku kat ITM, tapi aku kantoi le ) dan Ahmad Al Razi ( dia datang jumpe aku kat ITM masa tu)…. yang lain entah le…tak ingat pulak….

Gambar yang aku ada nie pun aku dapatkan dari mantoi punya blog dengan permission la…. mana boleh rembat aje harta intelek orang lain …ye tak???? Terima kasih, Mantoi…!!!! Masing-masing dah masuk 40 dah tahun nie… kalau di tenung-tenung, memang sesetengahnye, aku dah tak kenal… muka dah berubah….. dulu comei-comei sekarang dah “comei-comei”… termasuklah aku…

 

Aku dengar cerita, rata-rata semuanye dah berjaya dengan kerjaya masing-masing…. ada yang dah anak empat ( macam aku ), ada yang masih belum kahwin…. yang kahwin ngan member dari satu sekolah pun ada….ada lawyer, yang dah jadi timbalan menteri pun ada ( Dato’ Razali Ibrahim )…. bak kata orang semua dah berjaya le…. aku tumpang gembira jadi le…

Aizul, Azli “Jazzer” Jamil

 

masa diorang ramai-ramai gi tengok konsert Search

 Member-member aku nie, ramai yang dah menetap di Kuala Lumpur… depa selalu le berjumpa…aku dengar depa ada hari untuk bermain badminton sesama ex-tdk, tak kira senior ke junior… bagus tu… tapi aku tak dapat joint le…aku tercampak jauh kat Ipoh nie… nak tau perkembangan pun aku tengok facebook aje la…!!!

Dari kiri : Azuar, Acid, Minah, Azli " Jazzer" Jamil, Nor Azizi "Top", Azmi

 

Azli, Muzalmi

         

Top, Mie, Muzalmi

 

Yea la…23 tahun sudah berlalu…masing-masing dah meningkat usia, muka pun dah berubah…. berat dah bertambah… tapi aku tengok ada yang masih maintain slim cam dulu…. Apa pun … buat kengkawan….. seronok bila mengenang zaman kita sekolah dulu… macam-macam perangai…

Sekian…Wassalam..!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s