Manusia makin kejam.

Sekarang ni, sana sini kita boleh terbaca kisah jenayah manusia yang semakin meningkat.. Persekitaran kita dah makin tak selamat… Pagi tadi, sewaktu pergi ke kedai di kawasan rumah aku ni, isteriku diberitahu, salah seorang dari jiran kami telah dirompak oleh 2 pemuda…. mereka nekad mengacukan pisau ke leher mangsa (suri rumah) sambil meminta duit dan barang kemas mangsa… Risau jugak aku dengan keselamatan isteri dan anak-anak aku… Yea la…kejadian tu pun selang beberapa rumah jer dari rumah aku… maklum la di waktu pagi, di kejiranan aku ni memang sunyi sepi… kaum lelaki masing-masing dah pergi kerja…. anak-anak dah pergi sekolah…tinggal le sorang dua golongan isteri yang tak bekerja mendiami rumah….Kalau terjadi apa-apa, siapa yang tahu???

Memang manusia sekarang makin kejam…!!! Nak kata binatang pun bukan binatang… Ye la…!!! Cuba fikir…Ramai orang yang dah kahwin bertahun-tahun masih tak punya anak, tapi ada pulak golongan yang tak sayang anak…ada anak,  didera…. ada yang sampai mati… ke mana perginya naluri kemanusiaan mereka !!! Sampai hati mendera anak-anak yang montel, comel.. sebegitu rupa… Kalau betul dah tak sayang anak…cuba la diberi kepada golongan yang sukar mendapat anak tadi.. Tak lah teraniaya nasib anak-anak tu..!!

Yang satu golongan ni pulak, dah terlanjur… nak tutup malu… anak yang masih bertali pusat, yang tak berdosa… dibuang merata-rata… yang tak sedapnya ada yang dibuang dalam tong sampah, dalam parit-parit… mana nilai keibuan manusia zaman sekarang…apa nak jadi dengan muda-mudi kita di zaman ni… Jenuh la mak bapak nak pantau ke mana mereka pergi, dengan siapa mereka berkawan, tapi tetap terjadi perkara sebegini…. Hairan…!!!

Mungkin sebenarnya manusia dah makin kejam….!!!!

Entahlah..!! 

2 comments

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s