Tragedi hari ini…

Sebenarnya hari ini bermula dengan aman…. tak ada tanda-tanda akan terjadi sesuatu yang luarbiasa… semuanya nampak cam biasa jer… masuk kerja….. tiada apa yang nampak menarik… semuanya rutin… Staff cukup…ada le sorang dua yang bercuti, tapi kami still boleh manage situasi….

Tragedi terjadi selepas masuk waktu rehat….. tiba-tiba saja datang satu customer, terus menuju ke satu kaunter, marah-marah…. yang tak sedapnye, terus aje menuduh staff kat kaunter tu sengaja menyusahkan dia… terpaksa pergi ke cawangan lain untuk menjalankan urusan dia..kerana tuduhnya staff tadi tak mahu menolongnya… sengaja mencipta kesusahan kepadanya…

Ramailah yang cuba menerangkan keadaan sebenar…. tapi adat orang tengah marah, walau apa pun alasan yang diberikan dah tak boleh diterima dek akal dia… mula-mula cakap pelan pelan, akhirnya dia mula meninggikan suara… tak faham sebenarnya, apa yang dia mahukan, kerana urusan yang sepatutnya dia lakukan dah pun terlaksana di cawangan yang dia pergi tadi… mungkin datang hanya nak melepaskan geram agaknya…

Aku yang dari mula memerhatikan kejadian itu, mula masuk campur.. memberikan penjelasan tentang apa yang sebenarnya terjadi… sememangnya staff yang berkenaan, telah lakukan tugasnya dengan betul… tak ada langsung niat nak menyusahkan… tindakan hanya mengikut prosedur yang telah ditetapkan…… masih tak mahu menerima penjelasan, masih menyalahkan staff tadi…akhirnya… tak puas hati… masuk berjumpa dengan boss kami… entah apa yang diceritakan pun , aku tak pasti…cuma setelah dia pulang, boss mengatakan yang dia minta staff  jangan biadap pada dia… laaaa… dah lain pulak cerita dia…. entah le…. memang perangai manusia ni macam-macam…susah nak agak…!!!

Akhirnya…setelah melakukan kerja yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab pun masih ada yang tak puas hati…. lumrah manusia!!!! Bukan semua yang suka dengan apa yang kita buat… dan bukan semua juga yang tak menghargai tugas kita…masih tetap ada yang berterima kasih… Itu lah yang dinamakan manusia..!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s