Mana lagi seringgit….

Alkisah….ada 3 orang sahabat… akrab…ke mana saja mereka pasti bersama… masing-masing masih bujang dan tinggal sebumbung… bekerja makan gaji…. dapat gaji awal bulan…tengah bulan dah pokai…. macam orang bujang yang lain jugak….

Suatu hari, diwaktu cuti hujung minggu…keluarlah mereka bertiga ke pekan…ronda-ronda… biase le tu…. orang bujang… nak buat apa lagi cuti-cuti cam ni…. merayau… bukan beli apa pun… bak kata orang…window shopping aje… dah penat tu… mereka bertiga berhenti rehat kat kedai mamak… masing-masing order le…dah makan..masing-masing bayar sendiri… memang cam tu stail orang pekan…. sendiri makan sendiri bayar la… nak kata belanja…sendiri pun sengkek… lepas bayar…masing-masing mengeluh…”mak ai…!!! mahalnye….”

Semenjak itu, mereka berpakat….. nak tubuhkan satu tabung…maka bersetujulah mereka memulakan tabungan mereka itu dengan seorang RM10.00…. setelah dikumpul, maka hasil pertama sebanyak RM30.00…. mula ingat nak masuk tabung…. tapi si “A” tiba-tiba memberi cadangan…. ” Apa kata, duit permulaan tabungan kita ni, kita pergi makan….??”

Yang si “B”, dan “C”… mengikut saja…bersetuju… jadi si “A” diamanahkan untuk menguruskan hasil kutipan mereka tadi….setelah bersetuju, maka dengan gembiranya mereka bertiga ke pekan lagi.. cam biasa… ronda-ronda dah jadi agenda wajib setiap kali keluar pekan… setelah penat….kembali mereka ke kedai mamak yang biasa mereka lepak… masing masing order mengikut kegemaran masing-masing…

Setelah selesai menikmati makanan masing masing…si “A” memanggil mamak….”Mamak, kira!!!”

“RM25.00!!”, kata mamak… setelah dibayar dengan wang RM30.00 mereka, maka ada berbaki RM5.00… Si “B” pulak dengan cadangannya…. “Apa kata kita pulangkan balik sorang RM1.00, yang lebihnya kita masuk tabung…” Yang lain setuju… maka si “A” pulangkan seorang RM1, berbaki RM2 untuk dimasukkan dalam tabung… maka puas hati lah semua..

Dalam perjalanan balik, si “C” pulak bertanya… “Kita ada baki RM5.00. Pulang sorang RM1.00….RM2.00 masuk tabung..!!, Kalau kita masing-masing dapat RM1.00, maka kita belanja sorang RM9.00… dan kalau belanja sorang RM9.00, bermaksud kita telah belanja RM27.00, kita ada RM30.00…kalau ditolak RM27.00, sepatutnya berbaki RM3.00, tapi di dalam tabung kita cuma ada RM2.00…..Mana lagi RM1.00..!!”

Kali ni kelihatan masing-masing menggaru kepala yang tak gatal….

Yea la..!! Mana lagi seringgit!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s