Dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, rumah anak yatim di serata pelusuk negara menjadi tumpuan kepada individu atau syarikat korporat yang ingin beramal dengan menganjurkan majlis berbuka puasa bagi menjamu anak-anak yatim terbabit.
Semenjak hari pertama umat Islam menyambut puasa, hampir setiap hari ada saja aktiviti jamuan berbuka puasa untuk anak-anak yatim di mana-mana di seluruh negara.. Alhamdulillah !!! Masih ada yang ingat dan mengambil berat kepada golongan anak yatim ini.
Syukurrrr !!!!!
Anak-anak yatim biasanya akan menerima durian runtuh hasil dari sumbangan dan sedekah golongan yang ingin beramal jariah sempena bulan puasa yang datang hanya setahun sekali. Pernah suatu ketika, aku diberitahu bahawa ada diantara anak yatim ini yang menerima sumbangan duit raya sehingga mencecah ke angka RM1,000 ke atas.. Fuh !!! mewah betul… Begitulah bila ada yang berlumba-lumba untuk bersedekah dan memberi sumbangan….
Sekurang-kurangnya, anak-anak yatim yang tak berayah dan beribu ini dapat juga merasai sedikit keseronokan dan nikmat berhari raya walau pun tanpa keluarga di sisi..rasa disayangi dan diambil berat.. !!!
Cuma … !!!
Alangkah sedihnya, kerana situasi begini hanya dapat dirasai oleh anak-anak yatim ini sepanjang 2 bulan sahaja dalam setahun… selepas umat Islam menyambut hari raya, maka rumah-rumah anak yatim akan kembali sunyi dari sebarang bentuk sumbangan….dan anak-anak yatim ini kembali hidup dalam keadaan yang suram tanpa ada yang sudi mengambil tahu…
Pastinya, anak-anak yatim ini mahu disayangi dan diambil berat sepanjang waktu, bukan sekadar di bulan Ramadhan dan Syawal sahaja.. Namun apakan daya.. sudah tertulis suratan perjalanan kehidupan mereka begitu …
Apa pun, bersyukur, kerana sekurang-kurangnya, mereka masih dapat merasai nikmat disayangi, walau hanya untuk 2 bulan dalam setahun….
Dan sesungguhnya… Ramadhan dan Syawal merupakan bulan rezeki kepada golongan anak-anak yatim ini… Alhamdulillah !!!!
kalau bagi sumbangan pun. balik2 rumah anak yatim yang sama je..padahal banyak lagi rumah anak yatim serata Malaysia
betul tu..aku sokong… bagi la kat rumah anak yatim yang belum merasa tu !!!!
sayangi mereka seperti sayang anak sendiri….
kepada yang mampu, jangan lupa bersedekah untuk anak yatim nie !!!
itulah, bermusim aje bantuan mencurah2 kat anak2 yatim, paling tak tahan tengok ramai yg steady amik gambar selepas menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim hehe
yang amik gambar tu .. jangan sampai hilang ikhlas digantikan dengan riak pula..
takut bersedekah tapi tak dapat apa sebab dah jadi riak pulak !!
orang kita memang suka pada benda-benda yang bermusim nie.. sampaikan sedekah pun bermusim !!!!
Yang steady amik gambar tu, entahkan ikhlas ker derma diaorang tu !!! cuma dia sendiri yang tau !!
rasanya lebih elok kalau duit sumbangan untuk jamuan di hotel tu,digunakan sebagai perbelanjaan dapur bulanan.
banyak manalah budak-budak tu boleh makan ketika berbuka – itupun sehari je kot
betul tu Joe… lagi baik diberi duit untuk perbelanjaan dapur untuk anak2 yatim tu !!!
Saya tahun lepas ade menyampaikan sumbangan pada anak yatim untuk kesatuan NUBE…. Iyalah kita tak boleh lari dari memberi sumbangan berupa “publisiti” jika ia adalah kepentingan “Public relation” untuk sesuatu syarikat… Jika pemberian Individu saya sokong untuk senyap2 ketika memberi… kerna ianya lebih afdal..
sedekah senyap-senyap lagi afdal… tak ada riak
mengejar pahala sedekah di bulan puasa dan kepada anak yatim tu…
bulan2 lain…ada jugak rasa2nya…
tak di war-warkan mungkin…
mungkin ada.. cuma kita yag tak tau
itulah tanggujawab sosial mereka..mereka kan ikut trend…orang beramal, mereka beramallah..hehe
orang sekarang memang suka ikut trend.. nak wat camner !!!
[...] Taken from http://bujang3.wordpress.com/2010/08/18/ramadhan-bulan-rezeki-untuk-anak-yatim/ [...]
kasih ibu dan paba mmg sukar di carikan..kshan mrka sb tak dpt mrsa detik2 sbgtu..
kita yg ada ibu bpa ni jagalah mrka,sygilah mrka dg seadanya
dah nasib mereka.. kita doakan ajer kebahagian diorang !!!
memang mulia bulan ni..amin!
yepp !!!
Semoga lebih ramai yang sedar akan hal ini. nice entri bro untuk mengingatkan aku kan hal ni. kalau tak mesti leka je
kesian kat anak2 yatim tu !!!
syukurlah juga..
cuma tu lah, time ramadhan berlumba-lumpa individu/syarikat buat majlis amal utk anak yatim, siap sedia pula tu dengan bungkusan atau cek polisterin besar.. tapi lepas Ramadhan, anak yatim semakin dilupakan..
kesian kan ??? nak buat camner dah nasib depa !!! Diorang yang buat majlis tu pun .. nak publisiti ajer !!!
Ye.. bulan Ramadhan memberi rezeki lebih kepada mereka. Jadi kita sama2 lah bantu mereka
bantu selagi termampu !!! InsyaAllah!!!
Dah jadi seperti satu trend rumah anak-anak yatim akan terima barbagai sumbangan ketika bulan ramadhan. Bagaimana pula nasib anak-anak yatim yang duduk dengan keluarga?
Setuju dengan etomyam “ramai yg steady amik gambar selepas menghulurkan bantuan kepada anak-anak yatim hehe” bantu anak-anak yatim yang duduk dengan keluarga, siapa nak ambil gambar…
bantuan dan sumbangan yang diberi hanya untuk mendapatkan publisiti untuk syarikat jer tu !!!! Yang duduk ngan keluarga, tak ada la yang nak bagi sumbangan, tak ada sapa nak ambil gambar… !!!!